Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Saturday 12 July 2014

Wanita Isteri Orang Lakukan Seks Dua Kali Sehari Dengan Majikan Selama Tujuh Bulan


Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan perbuatan itu diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam yang juga penguatkuasa jabatan agama yang kemudian membawa pasangan terbabit ke balai polis.

Siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.sumber

Artikal ini disiarkan pada Khamis, 10 Julai 201.

Admin: Bagus, jangan jadi DAYUS!


Klasifikasi hukum dalam Islam

Undang-undang jenayah Islam boleh dibahagikan kepada tiga jenis kesalahan dan tiga jenis hukuman iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Setiap satu daripada tiga jenis kesalahan dan hukuman ini akan dijelaskan di bawah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang yang zalim –
(Surah al-Baqarah2: 229)


Hukum hudud

Hudud dari segi bahasa bermaksud cegah, iaitu mencegah manusia daripada melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman itu. Menurut perundangan Islam, terdapat tujuh kesalahan yang termasuk dalam undang-undang jenayah hudud iaitu:


Tujuh kesalahan ini dinamakan kesalahan hudud. Begitu juga hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang telah disabitkan bagi kesalahan-kesalahan ini juga dikatakan hukuman hudud. Bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa hukuman terhadap kesalahan ini tidak boleh dilakukan secara seweanang-wenangnya. Sistem perundangan Islam telah menetapkan kaedah perbicaraan dan proses pensabitan yang sangat ketat bagi setiap kesalahan ini.

Antaranya, setiap kesalahan ini mestilah disabitkan tanpa sebarang syubhah, iaitu keraguan yang boleh menghindarkan hukuman hudud. Antara syubhah yang diambil kira ialah seperti saksi yang tidak adil dan tidak mencukupi syarat, niat dan keadaan mental pihak yang dituduh semasa melakukan kesalahan, keadaan semasa yang membawa kepada perlakukan kesalahan, nilai barangan yang dicuri (bagi kesalahan mencuri), kesempitan hidup dan kelaparan (bagi kesalahan mencuri), barangan yang tidak disimpan pada tempat yang wajar (bagi kesalahan mencuri) dan saksi tidak betul-betul melihat perlakuan zina (bagi kesalahan berzina). Jika wujud salah satu daripada elemen syubhah di atas atau mana-mana faktor yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kesalahan pihak yang dituduh, maka hakim perlu membebaskannya atau mengenakan hukuman lain yang lebih ringan mengikut hukum ta’zir. Hukum ta’zir ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam unit ini nanti.

Berikut beberapa contoh hukuman yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah mengikut hukum hudud.


Salah faham mengenai hukum hudud

Ramai yang membayangkan bahawa hukum hudud merupakan hukuman yang sangat zalim. Masyallah. Allah Maha Mengetahui apajua hukuman yang dikenakan kepada umat-Nya.

Salah faham mengenai hukum hudud ini wujud apabila kita melihat Hukum Hudud dalam bentuk juz’i (berdiri sendiri) yang mana terpisah daripada keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam. Memang tidak dapat dinafikan sekiranya kita meneliti hukum hudud dalam bentuk juz’i, sudah tentu ia akan dilihat sebagai tidak mampu mewujudkan keadilan. Contoh yang seringkali dibangkitkan ialah isu rogol. Ramai yang mempertikaikan Hukum Hudud dalam menyelesaikan isu rogol ini. Dalam hukum hudud, jenayah rogol disamakan dengan jenayah zina. Dalam hudud, menuduh seorang yang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan kesalahan qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 sebatan. Lalu ada antara kita hanya mengambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah untuk menggambarkan bahawa mangsa rogol akan dizalimi. Mereka mengandaikan bahawa mangsa rogol perlu membawa 4 orang saksi yang adil untuk membuat aduan atau menghadapi risiko kesalahan qazaf. Ini, menurut penentang hudud menzalimi mangsa rogol di samping melindungi perogol. Padahal, undang-undang kes rogol perlu juga dirujuk kepada keseluruhan undang-undang syariah secara lengkap.

Bagaimana pula situasi seseorang yang membuat laporan polis bersama dengan pemeriksaan doktor dan menyatakan bahawa dirinya dirogol dan dia tiada saksi? Jika ternyata dia dirogol dan tahap kesaksian untuk pendakwaan tidak mencukupi (tidak ada 4 orang yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa boleh mendakwanya dalam hukum ta’zir.

Ini bermakna bukan senang untuk mensabitkan seseorang dengan sebarang kesalahan hudud. Matlamat perundangan Islam bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hidup setiap individu dan masyarakat, bukan untuk menghukum manusia sewenangwenangnya.
Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog