Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 6 July 2014

Akibat Lakukan Onani Menerusi Panggilan Video Skype, Pelajar Kolej Tanggung Malu



KUBANG KERIAN: Akibat melakukan onani sambil menunjukkannya kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi panggilan video Skype, seorang pelajar lelaki sebuah kolej, di sini, menanggung malu apabila aksinya itu dimuat naik di YouTube peribadi wanita terbabit sebelum diugut menyerahkan wang sebanyak RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadamkan dan tidak disebarkan.

Dalam kejadian yang bermula jam 8 malam pada Ahad lalu di rumah pelajar terbabit berusia 19 tahun di Kubang Kerian, di sini, mangsa yang ketakutan meminta bayaran itu dikurangkan sehingga RM4,000 dan wanita yang mengugutnya bersetuju sebelum memintanya memasukkan wang pendahuluan RM2,000 menerusi akaun sebuah bank.

Bagaimanapun, mangsa meminta untuk membayar RM1,000 terlebih dulu dan berjanji melunaskan baki RM3,000 kemudian.

Sumber berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum diminta bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, kelmarin.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa membuka Facebooknya dan melihat akaun Facebook seorang wanita menggunakan nama Nickaah Nayss’ dan menjadi rakannya jam 8 malam, Ahad lalu.

“Mereka berbual di Facebook sebelum wanita itu mempelawa mangsa berbual menggunakan panggilan video Skype pada jam 1.48 pagi keesokan harinya (kelmarin).

Mangsa melakukan onani dan wanita itu meminta mangsa menunjukkan perbuatan berkenaan kepadanya.

“Mangsa berbuat demikian, namun wanita itu hanya menunjukkan wajahnya yang kabur.

Aksi itu berlangsung selama satu jam bermula jam 5 hingga 6 pagi,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan perbuatan mangsa dirakam dan dimuat naik ke dalam YouTube peribadinya sebelum mengugut mangsa menyerahkan wang RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan.

Katanya, mangsa yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 dan wanita itu bersetuju sebelum meminta mangsa memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM2,000 menerusi akaun sebuah bank.

“Mangsa minta jumlah wang pendahuluan itu dikurangkan kepada RM1,000 sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya dan diminta bapanya supaya membuat laporan polis,” katanya.- ARKIB HM 25 December 2013.
Dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu'anh, bahawa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai pemuda. sesiapa antara kamu yang telah sanggup untuk bernikah maka hendaklah dia bernikah. Kerana dengan bernikah itu akan menundukkan lagi pandangan (matamu) dan membentengi faraj (mu). Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah merupakan pendinding". (Shahih Bukhari:1905, Muslim:1400 dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog