Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 3 August 2015

Batalkan Niat Perkosa Setelah Dengar Tazkirah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sudah membogelkan rakan sekelasnya membatalkan niat memperkosa mangsa sejurus diberikan ‘tazkirah’ berhubung dosa besar bakal ditanggung.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah yang sebelum itu ditanggalkan.

Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertinggal Mykad di dalam kereta suspek yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari menghadiri kelas di sebuah kolej swasta di Cheras.

Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian menghubungi suspek dan meminta Mykad itu dihantar kembali kepadanya.

“Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di restoran berdekatan untuk mengambil semula Mykad itu sejam kemudian.

“Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek memberi alasan Mykad mangsa tertinggal di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta mangsa mengikutnya hingga bilik hotel berkenaan,” katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke atas katil sebelum cuba diperkosa.

- Harian Metro

Anak Gadis Bawa Teman Lelaki Berasmara Dalam Bilik

TAMPIN – Tindakan licik sepasang kekasih memadu kasih sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar apabila kediaman keluarga gadis di tanah rancangan Felda dekat Gemencheh itu, diserbu penduduk kampung, 31 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penduduk yang merasa curiga dengan kewujudan sebuah motosikal berhampiran rumah keluarga gadis berkenaan segera ke rumah tersebut bagi melihat tetamu tidak diundang berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, sebaik pintu rumah diketuk, ibu dan bapa gadis berkenaan, berusia 40-an yang berada di dalam rumah, terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung terdapat tetamu lain yang berkemungkinan menyelinap masuk ke rumah mereka.

“Lalu mereka membuat pemeriksaan ke dalam bilik anak gadis mereka yang berusia 15 tahun dan terkejut apabila terdapat seorang lelaki berusia 19 tahun di dalamnya.

“Berang dengan insiden berkenaan, ibu gadis segera membuat laporan polis pada malam sama selepas rahsia hubungan terlarang anak gadisnya bersama teman dikenali di dalam Facebook terbongkar di rumahnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sumber berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja berkenalan tiga bulan lalu dan pertemuan bitu bukanlah yang pertama memandangkan perlakuan sumbang tersebut turut dilakukan di lokasi lain termasuk rumah suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika mengesahkan kejadian berkata, kini kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan susulan kes rogol seorang gadis bawah umur.

“Suspek yang hanya bekerja kampung ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ditangkap. Jika sabit kesalahan, suspek akan berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.- Arkib Sinar.

Sewakan Kekasih Untuk Beli iPone 6

Akibat terlalu terdesak untuk memiliki telefon iPhone 6 yang baru dilancarkan baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menyewa teman wanitanya dengan kadar RM5 sejam dalam usaha mengumpul wang bagi membeli gajet terbabit.

Bagi tujuan itu, Wei Chu, 25, sanggup mengangkat poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, di Shanghai.

Mereka yang berminat boleh menyewa wanita itu, Xiao Ai, selama sehari dengan bayaran RM26 atau RM263 bagi tempoh selama sebulan.

Namun dia menetapkan Xiao Ai hanya disewa bagi tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan.

Dia mendakwa Xiao Ai bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan dan mereka yang berminat boleh melihat biografi yang disediakan olehnya.

Kaedah `perniagaan’ yang dijalankan oleh Wei Chu ini merupakan satu langkah melampau untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone yang digunakan oleh sesetengah individu terdesak di dunia ini.

Minggu lepas, seorang lelaki Arab Saudi telah meminta abang iparnya menyediakan iPhone 6 sebagai hantaran perkahwinannya.

Tahun lepas, ketika iPhone 5 dilancarkan, sepasang suami isteri di China telah menjual bayi mereka yang baru lahir dalam usaha untuk membeli barang mewah termasuk telefon.

Diratah Teman Lelaki Warak

Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia.


NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan.

Thursday 7 May 2015

Masukkan Cota Dalam Kemaluan Isteri

Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah apabila melakukan seks luar tabii terhadap isterinya dengan memasukkan pelbagai objek ke dalam kemaluan wanita itu Ogos lepas.

Suspek yang dikenali Mohd Maidin Mohd Kassim mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kanan Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Suspek didakwa memasukkan objek seperti timun, cota dan kayu yang dibalut dengan getah ke dalam faraj isterinya antara jam 1 pagi hingga 5. - Arkib Sinar.

Isteri Melacur Sebagai Hobi

MELAKA: Seorang wanita,24, telah berkahwin mengatakan dia melakukan perbuatan melacur
diri sebagai satu hobi apabila diberkas dalam suatu serbuan polis di sebuah hotel berdekatan Jalan Laksamana Cheng Ho pada Rabu semalam.

Dia dikatakan telah berkahwin setahun lalu kepada seorang kakitangan awam yang bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya buat perkara ini sudah lama sebelum saya berkahwin lagi. Suami saya tidak tahu,” kata wanita muda itu.

Semasa ditangkap, dia dipercayai berada dengan pelanggan yang keempat. Polis telah menemui 6 keping kondom dan wang sebanyak RM180 di bilik wanita itu pada masa serbuan.- klpost
MELAKA: Seorang wanita,24, telah berkahwin mengatakan dia melakukan perbuatan melacur diri sebagai satu hobi apabila diberkas dalam suatu serbuan polis di sebuah hotel berdekatan Jalan Laksamana Cheng Ho pada Rabu ini. Dia dikatakan telah berkahwin setahun lalu kepada seorang kakitangan awam yang bekerja di Kuala Lumpur. “Saya buat perkara ini sudah lama sebelum saya berkahwin lagi. Suami saya tidak tahu,” kata wanita muda itu. Semasa ditangkap, dia dipercayai berada dengan pelanggan yang keempat. Polis telah menemui 6 keping kondom dan wang sebanyak RM180 di bilik wanita itu pada masa serbuan./klpost

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Friday 9 January 2015

'Dicintai' Bapa Kandung Hingga Hamil Empat Kali

Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.
Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.
Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.
Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

sumber: arkib harian metro

Kandungan Blog