LONDON – Dua remaja yang sedang asyik melakukan hubungan seks di balkoni
di tingkat enam sebuah hotel mewah, meninggal dunia selepas terjatuh
dari bangunan berkenaan.
Mangsa, Anastasia Tutik , 19, dari Rusia maut bersama pasangannya dari
Mexico yang hanya dikenali sebagai Miguel, 18, menyewa bilik hotel mewah
itu bagi meraikan tamatnya peperiksaan.
Kedua-duanya dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian 60
kaki, menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Tutik dan Miguel merupakan anak orang berada dan menuntut di sekolah antarabangsa, Kolej Bellerbys.
Dalam pada itu, seorang saksi, Samson Oguntayo, 32, yang menetap di
bilik sebelah memberitahu apa yang dilakukan oleh remaja terbabit
merupakan aksi yang merbahaya.
“Remaja lelaki itu cuba mengangkat remaja perempuan tersebut beberapa
kali ketika mereka melakukan seks di balkoni. Saya hanya mampu menjerit
apabila melihat mereka jatuh,’’ katanya.
Dalam pada itu rakan sekelas Tutik, Alfonso berkata, remaja perempuan
itu adalah seorang pelajar bijak dan merupakan antara yang mendapat
markah tertinggi dalam kelas.
“Mereka bertemu di satu parti. Miguel baru seminggu tiba di London bagi
mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia mahu mengikuti pengajian
perniagaan.
“Tutik pula amat cantik dan sedang belajar A-Level. Dia berharap dapat memasuki universiti pada bulan September ini,’’ katanya.
Sumber: medianetwork
No comments:
Post a Comment