Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Friday 18 July 2014

Ugut dan Rogol Adik Dalam Haid

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang baru dibebaskan penjara Rabu lalu, bukan saja tergamak merogol adiknya yang sedang haid, malah mengugut bunuh mangsa dengan menghunus pedang ke lehernya supaya tidak membocorkan onar itu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut, suspek memaksa mangsa keluar bersamanya dengan mengacukan pedang ke leher untuk mencari bapa saudara mereka di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, apabila mendapati bapa saudara mereka tiada di rumah, suspek menarik mangsa ke belakang kediaman itu dan menolaknya sehingga jatuh serta merogol mangsa.

“Mangsa yang enggan membuka pakaian seperti diarah suspek, ditumbuk di perut menyebabkannya menangis kesakitan.

“Suspek yang berang melihat mangsa menangis mengacukan pedang dan merogolnya. Sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertanya mangsa yang sudah berkahwin sama ada akan melaporkan kejadian kepada polis.

“Sebaik mangsa menjawab dia akan melaporkan perkara itu, suspek mengugut membunuhnya di tempat kejadian menyebabkan mangsa ketakutan dan mengiyakan kehendak suspek supaya tidak melaporkan kejadian itu,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa berjaya melepaskan diri ketika suspek melepaskan tangannya sebelum berlari ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian dan meminta pertolongan jiran supaya menghantarnya ke tempat bapa tiri mereka sedang memancing.

“Mangsa membuat laporan polis sebelum suspek ditahan tidak lama selepas itu. Ujian awal saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin,” katanya

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog