Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 14 July 2014

Bersetubuh Dalam Mahkamah


ROMA,May 23, 2014 - Seorang hakim di Itali memerintahkan agar sidang yang berlangsung dihentikan kerana dua kakitangan mahkamah dicekup lakukan seks semasa perbicaraan.

Kejadian ini berlaku di bandar Genoa , Itali . Saksi mata mengatakan , saat itu pendakwa Sabrina Monteverde baru saja mulai membacakan dakwaan atas seorang lelaki kelahiran Maghribi , Yassin Mahmod , yang dituduh membunuh seorang gelandangan tahun lalu .

" Pembacaan dakwaan baru bermula ketika hakim mendengar suara - suara aneh . Dia kemudian mencari sumber suara itu dan mendapati dua kakitangan mahkamah tengah melakukan seks , " kata seorang sumber di mahkamah .

Kedua kakitangan mahkamah itu mengadakan hubungan intim di bilik bersebelahan yang hanya di pisahkan dengan dinding berkaca gelap.Kedua mereka itu mengira kaca gelap itu cukup untuk melindungi perbuatan mereka .

" Akibatnya , hakim Anna Ivaldi memerintahkan agar sidang ditunda dan memerintahkan kedua orang tersebut meninggalkan bangunan mahkamah , " ujar sumber itu .

Kedua orang itu adalah kakitangan pentadbiran mahkamah , tetapi pihak mahkamah tidak menyebutkan nama kedua orang tersebut .

Jurucakap mahkamah bandar Genoa berkata , masalah ini sudah ditangani dan disiasat. Komen tidak akan diberikan sehingga siasatan berakhir .

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog