Pihak
polis telah membongkar sebuah kegiatan pelacuran yang dilakukan sebuah
kumpulan mazhab Yahudi di Tel Aviv, lapor berita BBC.
Menurut akhbar Haaretz, sejumlah wanita Yahudi telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Yahudi. Dalam siasatan lebih lanjut, pihak polis memberitahu semua mangsa sudah 'dicuci otak' sehingga mereka percaya bahawa melakukan hubungan seks dengan golongan bukan Yahudi akan menyelamatkan keturunan dan membawa keselamatan.
Mangsa turut diketahui telah menjadi penagih alkohol dan dadah.
Ketua penyiasat, Arik Mordechai, menjelaskan 15 orang wanita 'direkrut' puak berkenaan dan beberapa di antaranya masih dibawah umur.
Pelanggan mereka adalah para pekerja asing di Tel Aviv dan sebahagian orang Palestin yang berasal dari Tebing Barat.
Dalam serbuan, pihak polis telah menahan empat orang suspek, masing-masing dua lelaki dan wanita yang namanya masih dirahsiakan.
Penangkapan ini merupakan hasil siasatan dan penyamaran penyiasat selama empat bulan.- Agensi.

No comments:
Post a Comment