Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 30 June 2014

Gadis 16 Tahun Hamil Hasil Hubungan Sex Dengan 8 Lelaki

 
Pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah.Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.- Arkib HM.

Orang-orang yang berzina tidak beriman (kafir) ketika mereka melakukan zina

Perbuatan zina adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina jika dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri jika dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya jika dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810, dan Muslim no. 57)

Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji. Al-Quran menggambarkan zina itu dengan gambaran yang cukup buruk dan mampu memberi kesan yang amat negatif. Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: 32)

 Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:

“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Anak Zina:

Daripada Maimunah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan)

Pada tahun 2008, dilaporkan ada lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa. Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299. (BH, 29/10/08).

Jika kita bahagikan, maka dalam setahun kira-kira 28,000 lebih kes berlaku, atau 78 kes dalam sehari! Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan. Bagaimana pula agaknya, jika dibayangkan dengan aktiviti zina yang tidak menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar andaian sahaja, jika 1 kehamilan tersebut adalah nisbah bagi hasil daripada 10 perzinaan? Tentu jumlah yang terhasil adalah lebih besar, iaitu kira-kira 780 kes zina dalam sehari, atau lebih 280,000 kes zina dalam setahun, atau lebih 2.5 juta kes zina antara 2000-2008!!!

Benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Itu adalah kes-kes zina yang asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:

“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)

Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa apabila kiamat dibangkitkan hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT.

Remaja dan Gejala Zina:

Gejala zina di kalangan remaja hari ini sebenarnya berada di dalam tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih dibangku sekolah lagi mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku? Ada kes mengandung luar nikah semuda usia 9 tahun dan lelaki yang bertanggungjawab hanyalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun. Jangan terkejut hari ini kalau anda menemui sekolah yang 40% pelajarnya adalah anak zina!

Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang muslim sejati. Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada gaya hidup institusi keluarga itu sendiri. Begitu ramai remaja/pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya. Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat, berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual, bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet serta lain-lain media.

Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpacaran dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya Barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini.

Wallahhuaqlam.

Saturday 28 June 2014

Tidak Segan Berzina Di hadapan Ibu

 
 Gambar sekadar hiasan
Melaka - Seorang ibu tunggal yang lumpuh hanya mampu menegur anaknya yang berzina dihadapannya. Hal ini berlaku sejak 8 bulan lalu semenjak perempuan itu mengandung dan tinggal dirumahnya untuk menyorokkan berita tentang dirinya.

lagi menyedihkan lagi teguran seorang ibu yg berumur 60an itu tidak diendahkan oleh anaknya yang berusia 32tahun itu. Walaubagaimanapun perbuatan lelaki terbabit berakhir apabila rumahnya diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengahari hari tersebut.

Hasil siasatan mendapati wanita tersebut ialah isteri orang dan mempunyai 2 orang anak. Pihak JAIM telah menerima aduan dari pihak lain untuk membanteras gelagat pasangan tersebut. Hasil soal siasat mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan, malah wanita itu pula mengandung ketika tinggal bersama lelaki terbabit sejak setahun yang lepas.

Rahimin berkata bahawa ibu lelaki tersebut telah banyak kali menasihati anaknya dan perempuan itu, namu usahanya hanya sia-sia sahaja kerana mereka enggan mendengar nasihat.

Berdasarkan sumber, lelaki terbabit menjaga wanita itu sejak dari awal kehamilannya, hal tersebut terjadi kerana lelaki terbabit ingin melindungi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalin.

“Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia berkahwin,” katanya. – Sumber Arkib Harian Metro.


Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)

Huraian Hadith:

1. Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadith lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda:

“Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”. Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya. Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya”.

2. Perbuatan zina adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810, dan Muslim no. 57)

3. Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji. Al-Quran menggambarkan zina itu dengan gambaran yang cukup buruk dan mampu memberi kesan yang amat negatif. Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: 32)

4. Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:

“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

5. Anak Zina:

Daripada Maimunah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan)

Pada tahun 2008, dilaporkan ada lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa. Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299. (BH, 29/10/08).

Jika kita bahagikan, maka dalam setahun kira-kira 28,000 lebih kes berlaku, atau 78 kes dalam sehari! Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan. Bagaimana pula agaknya, jika dibayangkan dengan aktiviti zina yang tidak menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar andaian sahaja, jika 1 kehamilan tersebut adalah nisbah bagi hasil daripada 10 perzinaan? Tentu jumlah yang terhasil adalah lebih besar, iaitu kira-kira 780 kes zina dalam sehari, atau lebih 280,000 kes zina dalam setahun, atau lebih 2.5 juta kes zina antara 2000-2008!!!

6. Maka, benarlah sabdaan Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Itu adalah kes-kes zina yang asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:

“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)

Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa apabila kiamat dibangkitkan hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT.

7. Remaja dan Gejala Zina:

Gejala zina di kalangan remaja hari ini sebenarnya berada di dalam tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih dibangku sekolah lagi mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku? Ada kes mengandung luar nikah semuda usia 9 tahun dan lelaki yang bertanggungjawab hanyalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun. Jangan terkejut hari ini kalau anda menemui sekolah yang 40% pelajarnya adalah anak zina!

Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang muslim sejati. Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada gaya hidup institusi keluarga itu sendiri. Begitu ramai remaja/pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya. Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat, berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual, bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet serta lain-lain media.

Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpacaran dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya Barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini.

8. Antara Cara Mengatasi:

Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Iaitu;

i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata:

“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” (Riwayat Muslim)

Daripada ’Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya berkata, Rasulullah SAW bersabda kepada ’Ali bin Abi Talib RA:

“Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.” (Riwayat Abu Dawud)

ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan syarak. Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat al-Tirmizi)

iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak syarak, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini. Wahai para pelajarku, janganlah kalian mendekati zina walaupun unsur-unsurnya yang kecil sekalipun, dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat.



Dimuatturun dan disunting daripada: http://www.salafiah.net/

Ustaz beraksi seperti dalam filem porno,bersetubuh dengan tiga isterinya serentak,kononnya sunnah Nabi

KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.- Sumber PBO.


Jangan mengada-ngadakan cerita

Mengada-ngadakan cerita tentang agama kononnya sesuatu perkara itu datangnya dari Nabi dengan tidak bersandarkan dalil atau hujah yang jelas adalah sesuatu yang dilarang keras.Sabda nabi yang mafhumnya : Sesiapa yang mengada-ngadakan cerita tentangku (agama) maka dia telah menyediakan tempat duduknya di dalam neraka.

Budaya Barat  sudah merasuki pemikiran kaum muslim.

Sesungguhnya, seorang wanita yang melihat aurat wanita lainnya termasuk perkara yang disepakati keharamnnya. Sedangkan menyatukan dua orang istri dalam satu kamar sudah ditegah apatah lagi menggauli salah seorang istrinya maka yang seorang lagi akan melihat dan mendengar rengekannya.Perbuatan tersebut termasuk perkara yang memalukan. Membuka sesuatu yang seharusnya ditutupi, dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
والحياءُ شعْبة من شُعب الإيمان
"Malu adalah bagian dari cabang iman." (Muttafaq 'alaih)

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Bahaz bin Hakim, dari ayahnya, dari datuknya berkata, Aku berkata: "Ya Rasulallah, aurat kami: Bila  kami perlu menutupnya dan bila kami perlu membiarkannya?

Jawab Nabi, "Jagalah auratmu, kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu."

Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana kalau suatu kaum itu bergaul satu sama lain?" Jawab 

Nabi, "Kalau kamu dapat supaya tidak seorang pun yang melihatnya, maka janganlah dia melihatnya."

Aku bertanya lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana kalau salah seorang kami sendirian?" Jawab Nabi, 
"Allah lebih berhak untuk dia malu kepada-Nya daripada malu kepada manusia."

budaya Barat yang sudah merasuki pemikiran kaum muslimin atau yang lebih buruk dari itu.
Sesungguhnya, seorang wanita yang melihat aurat wanita lainnya termasuk perkara yang disepakati keharamnnya. Sedangkan menyatukan dua orang istri dalam satu kamar -terlebih ketika ia menggauli salah seorang istrinya maka yang satu akan melihat dan mendengar desahannya- termasuk perkara yang memalukan. Membuka sesuatu yang seharusnya ditutupi, dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
والحياءُ شعْبة من شُعب الإيمان
"Malu adalah bagian dari cabang iman." (Muttafaq 'alaih)
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Bahaz bin Hakim, dari ayahnya, dari kakeknya berkata, Aku berkata: "Ya Rasulallah, aurat kami: kapan kami menutupnya dan kami membiarkannya?
Jawab Nabi, "jagalah auratmu, kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu."
Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana kalau suatu kaum itu bergaul satu sama lain?" Jawab Nabi, "Kalau kamu dapat supaya tidak seorang pun yang melihatnya, maka janganlah dia melihatnya."
Aku bertanya lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana kalau salah seorang kami sendirian?" Jawab Nabi, "Allah lebih berhak untuk dia malu kepada-Nya daripada malu kepada manusia."
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/konsultasi-agama/2010/04/19/5253/hukum-menggabung-dua-istri-dalam-satu-kamar/#sthash.yOi2Es7B.E8mqc9bi.dpuf
budaya Barat yang sudah merasuki pemikiran kaum muslimin atau yang lebih buruk dari itu.
Sesungguhnya, seorang wanita yang melihat aurat wanita lainnya termasuk perkara yang disepakati keharamnnya. Sedangkan menyatukan dua orang istri dalam satu kamar -terlebih ketika ia menggauli salah seorang istrinya maka yang satu akan melihat dan mendengar desahannya- termasuk perkara yang memalukan. Membuka sesuatu yang seharusnya ditutupi, dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
والحياءُ شعْبة من شُعب الإيمان
"Malu adalah bagian dari cabang iman." (Muttafaq 'alaih)
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Bahaz bin Hakim, dari ayahnya, dari kakeknya berkata, Aku berkata: "Ya Rasulallah, aurat kami: kapan kami menutupnya dan kami membiarkannya?
Jawab Nabi, "jagalah auratmu, kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu."
Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana kalau suatu kaum itu bergaul satu sama lain?" Jawab Nabi, "Kalau kamu dapat supaya tidak seorang pun yang melihatnya, maka janganlah dia melihatnya."
Aku bertanya lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana kalau salah seorang kami sendirian?" Jawab Nabi, "Allah lebih berhak untuk dia malu kepada-Nya daripada malu kepada manusia."
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/konsultasi-agama/2010/04/19/5253/hukum-menggabung-dua-istri-dalam-satu-kamar/#sthash.yOi2Es7B.E8mqc9bi.dpuf
Melakukan jimak melebihi sekali pada satu malam tidak ada masalah. Tetapi bagi suami yang beristeri lebih daripada satu tidak digalakkan duduk serumah dan sebilik. Ini adalah untuk mengelakkan daripada rasa tidak puas hati, cemburu, sakit hati dan menunjuk-menunjuk di antara satu sama lain (isteri). Berkenaan dengan melakukan jimak serentak di antara suami dan kedua-dua isteri pula ia adalah satu perbuatan yang tidak beradab. Kebanyakan ulamak berpendapat sekiranya ingin melakukan hubungan dengan isteri yang berlainan pada satu malam hendaklah melakukannya di rumah atau bilik yang berasingan.

Al-Quran dan Hadis berbicara menuntut keadilan dari segala hal,menjadi undang-undang dan pelindung kepada orang-orang yang taat kepada Allah. :

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 223)
Tujuan bersutubuh dalam Islam bukan hanya semata mata memuaskan nafsu syahwat,tujuan utama adalah untuk mengembangkan ummat Nabi Muhammad S.A.W, melahirkan anak.
Bersetubuh bagi yang telah berakad nikah dalam Islam adalah satu ibadah, Konsep badah adalah tidak mensia-siakan mana-mana pihak.Jelas ayat ini menuntut para suami menyetubuhi isterinya dengan mendatangkan manfaat iaitu keturunan dan ayat ini menjelaskan lagi bahawa hanya rahim yang boleh memberi manfaat tersebut.Walaupun ayat ini mengatakan "sebagaimana" saja yang kamu kehendaki namun hakikatnya Allah juga menuntut amal yang baik dan takwa.

Ini dikuatkan lagi dengan hadis ini selepas turun ayat Al-Baqarah: 223 di atas,

Nabi Muhammad S.A.W berkata kepada Umar : Dibolehkan kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur. (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda Mafhumnya:

“Allah tidak memandang seseorang laki-laki yang melakukan anal seks baik dengan laki-laki atau pun perempuan.” (HR. at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Hibban; dikatakan oleh at-Tirmidzi: “Hasan gharib”, dishahihkan oleh Ibnu Hazm)

Perbuatan melakukan hubungan seks serentak dengan isteri-isteri sudah tentu akan menjadi perbualan dan bahan bahas antara isteri-isteri tersebut.Menjadi fitrah wanita nafsunya tinggi,cemburu dan malu,apabila sudah bersama-sama dengan madunya yang lain, perbuatan teresbut sudah tidak menjadi rahsia dan hubungan intim yang suci untuk dua individu. Hal yang demikian itu disebabkan masing masing telah mendedahkan aurat sesama mereka.
Wanita juga mempunyai aurat dan batas batas pergaulan dalam Islam,aurat isteri hanya untuk suami,bukan untuk isteri-isterinya.maka dari segi aurat saja ia sudah bercanggah dengan hukum Islam,Islam itu agama yang beretika dalam segala hal,agama yang menghapuskan kebatilan dan memberi manfaat dari segala segi,Islam memberikan penyelesaian kepada semua permasalahan insan,lihatlah Islam berbicara dari sudut psychology dan kesihatan apabila melarang dan membenarkan sesuatu perkara,banyak kajian yang telah membuktikan jika Islam mengharamkan sesuatu perkara pasti kerana perkara itu memudaratkan.

Rasulullah SAW bersabda:

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ - صحيح مسلم

Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).

Adab-adab setubuh menurut Islam

PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN

1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Pada malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin.

Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya. Diharapkan pertemuan buat kali pertama ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ ِإنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya :

Ya Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.

Dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

3. Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat.

Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ertinya:

YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi ahliku disisiku. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4. Beramah mesra / bercumbu rayu

Suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ujudnya suasana yang benar-benar merasa gembira dan mesra.

5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
 Ertinya :
 Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.

Adab-Adab Melakukan Persetubuhan

a) Lucut pakaian kesemuanya pada waktu bersetubuh

Antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.

b) Bercumbu cumbuan

Antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehinggakan al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud :

“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya

“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami. “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا وصهرا وكان ربك قديرا

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa”

Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya.

Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isteriinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah. Sesetengah ulamak berpendapat, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. 

Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A. Dilarang mengada-ngadakan cerita dalam agama
Mengada-ngadakan cerita dalam agama dan dikaitkan dengan sunnah Nabi dilarang keras sepertimana yang disabdakan oleh nabi yang mafhumnya : Sesiapa yang mengada-ngadakan cerita tentangku (agama) maka dia telah menyediakan tempat duduknya di dalam neraka.

B. Sunat-sunat dalam melakukan persetubuhan

1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2. Mandi dan memakai wangi-wangian.

3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).

4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaalah akan cerdik (berakal).

7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.

9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10. Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.

C. Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1. Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2. Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3. Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.

5. Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

D. Perkara yang haram dalam persetubuhan

1. Haram jimak ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2. Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.

3. Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4. Haram jimak dalam masjid.

5. Haram jimak sedang berpuasa pada bulan Ramadhan.

6. Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.


Wallahhuaqlam.
Himpunan pelbagai sumber.

Wednesday 25 June 2014

Jantan Dibelasah Penduduk Kampung Selepas Berzina Dengan Isteri Orang


BESUT,25 JUN: Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.
-sinarharian-
 
HUKUMAN ZINA
Allah s.w.t. melarang (al-Isra':32) agar tidak menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan satu jalan yang buruk. Dalam surah al-Furqan: 68-70 dijelaskan bahawa orang yang berzina akan mendapat balasan dosanya, azabnya akan dilipatgandakan pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab, dalam keadaan hina.

Hukuman mereka yang berzina, lelaki dan perempuan ialah seratus kali sebatan, tanpa belas kepada kedua-duanya yang boleh menyebabkan terhalang daripada melaksanakan hukuman Allah (an-nur:21).

Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya.

Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat, tempatnya di neraka.

Monday 23 June 2014

Suami Iblis: Kendurikan Isteri Kepada Kawan-kawan

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

RUMAH yang dijadikan tempat lelaki melacurkan isteri sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.-Metro.

JANGAN DAYUS WAHAI LELAKI

Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani: Majma az-Zawaid, 4/327)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”

Imam Al-‘Aini berkata: “Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram."

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir, maksudnya: “Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

Al-Munawi mencatatkan kata-kata Imam Ibn Qayyim berkenaan dayus: "Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali." (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar, maksudnya: “ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)."

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya: “Al-Qawwad (istilah yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada zina.”

Imam al-Zahabi berkata, maksudnya: "Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.” (Al-kabair, 1/45)

Cemburu dituntut Islam

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.

Bergembiralah si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita solehah (isteri dan anak).” (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)

Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.

Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya: "Berkata Ubadah bin Somit RA: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteri ku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedang ku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?

Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
Lelaki menjadi dayus apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

RAsulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad) - Wallahuaqlam.

Terperangkap Di dalam Lubang Faraj

JERMAN: SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada hari Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilengkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.
 

Pasangan Suami Isteri Iblis:Terlibat kes rogol budak perempuan berumur 13 di depan anak sendiri

 
SIBU: Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan. -The Borneo Post . Com.

Allah berfirman : 
 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحِلُّواْ شَعَآئِرَ اللّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلآئِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُواْ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواْ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

O ye who believe! Profane not Allah ' s monuments nor the Sacred Month nor the offerings nor the garlands , nor those repairing to the Sacred House , seeking the grace and pleasure of Allah . But when ye have left the sacred territory , then go hunting ( if ye will ) . And let not your hatred of a folk who ( once ) stopped your going to the Inviolable Place of Worship seduce you to transgress ; but help ye one another unto righteousness and pious duty . Help not one another unto sin and transgression , but keep your duty to Allah . Lo! Allah is severe in punishment .

信道的人们啊!你们不要亵渎真主的标识和禁月,不要侵犯作牺牲用的牲畜,不要破坏那些牲畜的项圈,不要伤害朝觐禁寺 以求主的恩惠和喜悦的人。当你们开戒的时候,可以打猎。有人曾阻止你们进禁寺,你们绝不要为怨恨他们而过分。你们当为正义和敬畏而互助,不要为罪恶和横暴 而互助。你们当敬畏真主,因为真主的刑罚确是严厉的。 
 ( Al-Maidah : 2 )
Agama Itu Nasihat


 عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم

Dari Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )

Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadis sahih diatas, ialah :

1. Agama yang dimaksudkan disni adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah : "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19); "Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak akan menerimanya, dan di akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85); Luqman Al-Hakim berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah agama". Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup liar dan tidak terkawal)".

2. Islam adalah nasehat. Maksudnya : Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya mendapat keredhaan Allah. Agama sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Dan kita mesti ingat bahawa rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Rasul SAW bersabda : "Aku tinggalkan dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selamanya".

3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. Ini tidak bermaksud Allah memerlukan nasehat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya, yakni beriman kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup; Bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi Muhammad SAW, mencintainya, dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang memusuhinya dan sunnahnya.

4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin pula ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula, ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan, saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

4. Walau nasihat itu berguna, namun jika tersalah caranya boleh membawa bencana. Oleh itu, ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah SAW bersabda : Hak muslim terhadap muslim lain ada enam, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu meminta nasihat, maka berilah dia nasihat". Hanya saja menurut Imam Al-Nawawiy dalam syarahannya : Nasihat perlu diberikan kepada muslim jika dia meminta nasihat, hanya dalam hal-hal keduniaan seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan, tetapi jika kita melihat kesalahan dalam urusan agama, maka kita wajib menegornya atau memberinya nasihat walaupun muslim itu tidak meminta nasihat.

5. Nasihat menurut bahasa Arab memilki tiga makna :1. menjahit/menampal : ( نَصَحَ الثَّوْبَ ) : Dia menjahit/menampal baju; 2. Menyaring/menapis ( نَصَحَ العَسْلَ ) : Dia menyaring/menapis madu; 3.Ikhlas ( تَوْبَةً نَصُوْحًا ) : Taubat yang ikhlas. Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna tersebut, maka suatu nasihat mestilah memenuhi tiga sifat, iaitu : 1. Nasihat mestilah ke arah memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau tampalan baju yang koyak. 2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung perasaan orang yang dinasihati. 3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas, bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawiy.

6. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang, sama ada dari Ibu Bapa, para guru, para ustaz atau para ulama dan pendakwah, hendaklah menerimanya dengan baik dan berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Allah SWT menggambarkan ciri-ciri orang kafir dalam firman-Nya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mau percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat kafir tersebut, tetapi selalu " Sami'naa Wa Ata'naa ".

7. Rasulullah SAW bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertakwalah kamu kepada Allah, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran itu) seorang hamba abdi berbangsa Habsy". Wasiat ini mengandungi pengajaran : 1. Untuk mencapai derjat takwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran) yang didengarnya itu. 2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti hamba abdi berbangsa Afrika.


Sumber; Ustaz Dr. Abdullah Yasin. Mantan Pegawai Dakwah Di Unit Dakwah Islamic Counsellor,
Keduataan Arab Saudi, Malaysia, Kuala Lumpur - ( 1980 - 2009 )

Kandungan Blog