Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 6 July 2014

Gadis Dicekup Tanpa Pakaian Berzina Dalam Surau

IPOH, 24 Jun 2014 - Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di Ipoh, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian di premisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit "terkantoi" melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta di depan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu. - Arkib Metro.

Amalan zina harus dihentikan. Zina memberi kesan buruk pada psikologi, fizikal dan yang penting zina itu termasuk dalam amalan dosa-dosa besar.

Setiap orang Islam, mesti tunduk kepada hukumnya, tanpa mengira sama ada hukuman zina itu dilaksanakan ketika di dunia ataupun tidak.

Allah s.w.t. melarang (al-Isra':32) agar tidak menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan satu jalan yang buruk. Dalam surah al-Furqan: 68-70 dijelaskan bahawa orang yang berzina akan mendapat balasan dosanya, azabnya akan dilipatgandakan pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab, dalam keadaan hina.

Hukuman mereka yang berzina, lelaki dan perempuan ialah seratus kali sebatan, tanpa belas kepada kedua-duanya yang boleh menyebabkan terhalang daripada melaksanakan hukuman Allah (an-nur:21).

Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya.

Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat, tempatnya di neraka.

Dalam rukun iman dijelaskan tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat. Setiap orang Islam mesti percaya tentang adanya balasan ini. Mereka yang beriman tidak akan melakukan dosa-dosa seumpama ini kerana takutkan balasan Allah. Orang yang tahu dan faham tentang balasan ini, tahu adanya tetapi masih tetap melakukan dosa yang berkaitan, mereka tidak ubah seperti orang yang tidak mempercayainya.

Ata' bin Yasar, seorang tabiin juga ahli fikah yang terkenal dalam menafsirkan tentang neraka jahanam, menyatakan bahawa bagi neraka jahanam itu ada tujuh pintu. Pintu-pintu yang paling gelap, panas, penuh penderitaan dan menjijikkan lagi meloyakan baunya ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina pada hal orang yang terlibat itu tahu bahawa zina itu haram.

Menurut Abu Abdullah asy-Syami, riwayat daripada Nabi s.a.w dalam sebuah hadis mursal, seperti yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat dinyatakan bahawa penghuni neraka mendapati bau yang menjijikkan. Mereka berkata, kami tidak mendapati bau yang lebih busuk menjijikkan daripada bau ini. Dikatakan bahawa bau tersebut adalah dari bau kemaluan zina.

Menurut Ibn Zaid, iaitu Abdul Rahman bin Zaid, seorang ahli fikah, ahli hadis dan ahli tafsir bahawa penghuni neraka diseksa dengan bau busuk dan menjijikkan kemaluan (faraj) zina.

Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa yang lebih besar selepas dosa menyengutukan Allah, daripada dosa setitik air mani yang diletakkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya.

Sebahagian besar mereka yang melakukan zina tahu tentang pengharaman dan balasannya. Tetapi, kerana nafsu, mereka seumpama tidak memahaminya, dan merempuh terus-menerus larangan ini, tidak takut pada balasan, apatah lagi kerana syurga atau neraka tidak pernah dapat dilihat dengan mata kepala ketika hidup. Itulah yang dinamakan iman.

Demikianlah balasan yang akan diterima oleh mereka yang terlibat dengan zina. Mereka yang beriman kepada Allah tidak melakukannya, dan mereka yang telah melakukannya akan memberhentikannya. Azabnya begitu mengerikan. Seringan-ringan balasan neraka itu, ialah andainya batu neraka itu diletakkan di tapak kaki, nescaya menggelegaklah otak orang yang diseksa.Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog