Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Saturday 12 July 2014

Tak Tahu Bagaimana Cara Nak Kahwin Punca Pasangan Berkhalwat


 
  Pegawai pejabat agama, masjid dan jawatankuasa penduduk memeriksa dokumen pasangan.

SELAYANG - “Kami memang niat nak kahwin tapi tak tahu macam mana caranya.” Itu alasan pasangan yang dicekup bersekedudukan dalam sebuah rumah di Selayang Sejati, malam semalam.

Pasangan berusia 25 dan 18 tahun itu dicekup penduduk sekitar jam 8.30 malam selepas bapa saudara kepada remaja perempuan itu membuat aduan kepada pihak surau.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama kakaknya yang kini bekerja di luar daerah sejak dua bulan lalu sementara rumah itu dijadikan port pasangan itu bersekedudukan sejak sebulan lalu.

Nasihat dan teguran sebelum ini sudah diberikan namun tidak diendahkan sebaliknya beberapa kali lelaki yang juga penduduk di sini dilihat berulang alik ke situ.

Pengerusi JKKK Selayang Baru, Jumari Talip berkata, jawatankuasa menerima aduan sekitar jam 7.30 melihat lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat bertandang ke rumah pasangannya itu.

Ketika pintu diketuk, pasangan tersebut memberikan kerjasama dan mereka didapati berdua-duaan dalam rumah itu.

“Mereka menggunakan alasan mahu berbuka puasa bersama tapi tetap salah kerana berdua-duaan dan bukan muhrim.

“Selepas perbincangan dan kaunseling dibuat dan memanggil penjaga masing-masing, kedua-dua pihak bersetuju untuk dinikahkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan umat Islam menghormati bulan Ramadan dan mengelak mencemarinya dengan perkara-perkara yang dilarang.

Jumari turut meminta supaya orang awam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat masalah sama dalam usaha membendung maksiat. SINAR.

Admin: Ada ongkos semua bisa diurus. 

Bersekedudukan Di rumah Kakak

“Kami memang niat nak kahwin tapi tak tahu macam mana caranya.”

Itu alasan pasangan yang dicekup bersekedudukan dalam sebuah rumah di Selayang Sejati, malam semalam.

Pasangan berusia 25 dan 18 tahun itu dicekup penduduk sekitar jam 8.30 malam selepas bapa saudara kepada remaja perempuan itu membuat aduan kepada pihak surau.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama kakaknya yang kini bekerja di luar daerah sejak dua bulan lalu sementara rumah itu dijadikan port pasangan itu bersekedudukan sejak sebulan lalu.

Nasihat dan teguran sebelum ini sudah diberikan namun tidak diendahkan sebaliknya beberapa kali lelaki yang juga penduduk di sini dilihat berulang alik ke situ.

Pengerusi JKKK Selayang Baru, Jumari Talip berkata, jawatankuasa menerima aduan sekitar jam 7.30 melihat lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat bertandang ke rumah pasangannya itu.

Ketika pintu diketuk, pasangan tersebut memberikan kerjasama dan mereka didapati berdua-duaan dalam rumah itu.

“Mereka menggunakan alasan mahu berbuka puasa bersama tapi tetap salah kerana berdua-duaan dan bukan muhrim.

“Selepas perbincangan dan kaunseling dibuat dan memanggil penjaga masing-masing, kedua-dua pihak bersetuju untuk dinikahkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan umat Islam menghormati bulan Ramadan dan mengelak mencemarinya dengan perkara-perkara yang dilarang.

Jumari turut meminta supaya orang awam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat masalah sama dalam usaha membendung maksiat - PBO.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog