Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 12 October 2014

Lelaki miliki payudara seperti wanita


payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.

Charlie Edgeworth, 19, mengalami tekanan pera­saan kerana memiliki payu­dara seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.

Payudara remaja lelaki itu mula membesar ketika dia ber­usia 13 tahun dan dia digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebaya­nya selain menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.

Pekerja pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.

Keadaan itu menyebabkan tisu papayudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya.

Dia juga malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.

Terdesak untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki normal yang lain.

Tindakannya itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya lebih menonjol berbanding keadaan biasa.
edgeworth terpaksa menjual kereta untuk menjalani pembedahan.

Jual kereta

Setelah bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan berharap menemui cinta selepas itu.

“Saya tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu mengetahui masalah saya ini.

“Setiap kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,” jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian dadanya itu.

Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.

“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.

Dalam usaha untuk menyem­bunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.

Walaupun sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.

“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.

“Sepanjang enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.

Pembesaran tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.

Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.

Gangguan perasaan

Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu aktiviti biasa kelenjar pituitari.

Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan unt­uk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.

Kebanyakan kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak kepada kehidupan harian.

Gynaecomastia biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor tetapi pemeriksaan tertentu sepe­rti imbasan tomografi berkomputer, ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan punca terjadinya penyakit itu.

Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.

Tahap keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar berbanding biasa.

Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.

Tiga tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya itu.

Edgeworth menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164) di sebuah hospital di Poland.

“Saya lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai kekasih.

“Saya tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.

Menurut pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.yudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya. - KOSMO!

P/s: Apa dihairankan, di Malaysia juga ada banyak lelaki berpayudara.

Wednesday 8 October 2014

Ibu Lahir Kembar Lapan Bersetuju Berlakon Filem Porno


LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu. Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.

Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan. Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.

Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini. “Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu. - Agens.

Nadya "Octomom" Suleman
 Nadya Suleman, Beautiful Woman With 14 Kids


Nadya Sulaiman is one of the most controversial women in the world. The woman who was nicknamed 'Octomom' This gave birth to eight babies twins through in vitro fertilization on January 26, 2009. She gave birth to six baby boys and 2 baby girls.

Even more appalling, before the birth of twins and eight, in a previous pregnancy gave birth to 6 children Nadya twins. Mother bear 14 was also not married and has no own income.

Nadya, whose face is like Angelina Jolie, really admire artists who also have a lot of these kids. The problem, Nadya was unable to make a living of their children. Nadya itself is a single mother who have difficulty making a living until their children should seek help here and there.

Nadya had offered to be a porn star, but he refused. In addition, he also offered to star in reality show along with the 14 children. But, for whatever reason, it canceled the reality show aired.

Some circles had been criticized Nadya because he did not have a job and decent income to support his family. Nadya can only create a page that expect help from donors, it was thanks to the assistance of its legal advisers.

Nadya spent on daily care of the 14 children, assisted by 3 people caregiver. Nadya's mother, Angela Suleman said that Nadya's house is like the circus is a mess. "Every day, Nadya could only sleep for 3 hours."




Celebrity-Nadya-Suleman-Plastic-Surgery-Before-After
 
https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9Yu4CrwkG1YsVzG6AOvB2iNkfrpaZkD3MokT1uVbEqIuC41Lx

Tuesday 7 October 2014

Bakal Pengantin dirogol Lelaki Berkopiah

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.(gambar hiasan)

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Media difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu. -Harian Metro

Kurikulum Sekolah: Wajibkan Pelajar Cukur Bulu Kemaluan

Kokurikulum sebuah sekolah kecantikan memaksa pelajarnya mencukur bulu kemaluan serta memeriksa tubuh guru mereka. Bahkan, jika dianggap melakukan kesalahan, pelajar boleh dibuang dan kehilangan wang yuran pendaftaran sebanyak US$10,000.

Diperik dari NY Daily News, kokurikulum 'pelik' dari sekolah kecantikan ini telah diceritakan oleh bekas pelajar dan juga staf di Dahl’s College of Beauty yang terletak di Great Falls, Montana, Amerika Syarikat (AS).

Seorang guru perempuan telah memaksa pelajar mencukur bulu kemaluan dengan memperlihatkan punggungnya dan meminta mereka membuat penilaian.

Jika tidak mematuhi arahan, maka wang bayaran pelajar sebanyak US$9,500 akan diambil dan membuang pelajarnya tanpa memulangkan semula wang tersebut.

Seramai 17 pelajar perempuan yang menuntut di sekolah berkenaan termasuk Douglas and Barbara Daughenbaugh itu telah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Mereka menuduh sekolah itu tidak memberikan keterangan jelas mengenai kokurikulum sekolah dan mengambil wang mereka dengan cara yang salah.

“Pemilik telah menggunakan sekolah Dahl’s sebagai satu alasan," demikian isi laporan itu. Laporan juga dikenakan kepada guru sekolah kecantikan yang menggunakan kata-kata seksual dan kesat ke atas para pelajar. Selain laporan itu, para staf pengajar itu juga dituduh tidak menjalankan tugas dengan sempurna malah hanya tidur, bermain di internet, dan membuat hubungan intim antara satu sama lain.

Monday 6 October 2014

Transeksual:Warga Indonesia dibunuh dan Mayatnya direbus Suami

 
JAKARTA: Seorang warga Indonesia dibunuh dan dikerat sebelum direbus oleh kekasihnya sendiri di Brisbane, Australia.

Menurut portal Kompas, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengarah Penerangan Kementerian Luar Negeri, Sofia Sudharma pada Isnin

Mayang Prasetyo, 27 tahun merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, pukul 9 malam waktu Brisbane.

Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong berjaya melarikan diri dan kemudian membunuh dirinya sendiri dengan mengelar lehernya sendiri.

Mangsa yang berasal dari Melbourne berpindah ke Brisbane enam bulan lalu.

Pasangan itu dikatakan telah berkahwin pada tahun lalu.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan.- KOMPAS.

Dua Wanita Bermadu Maut Dalam Tragedi Raya Korban

 
ROMPIN – Hajat sebuah keluarga yang terdiri daripada dua wanita bermadu, suami dan tiga anak mereka mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 143.8, Jalan Kuantan-Segamat di sini malam kelmarin.

Isteri pertama, Zaliha Johar, 44, isteri kedua, Siti Habibah Kasbon, 43, dan suami mereka, Azhar Mat Ali, 43, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Perodua Alza dipandu Azhar terbabas sebelum merempuh sebuah bas ekspres di laluan bertentangan.

Tiga orang anak hasil perkongsian hidup Zaliha dan Azhar iaitu Mohd. Wazin, 20, Ain Nadiah, 13, serta Ain Najihah, 12, yang menaiki kereta sama turut maut.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Alza itu terputus dua.

Azhar seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di Johor tidak memperoleh anak daripada perkahwinan keduanya dengan Siti Habibah.

Allahyarham Azhar dan Zaliha mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nadirah, 21. Semasa kejadian, Nadirah tidak menyertai ahli keluarganya pulang ke rumah neneknya di Felda Keratong 2 dekat sini kerana bekerja pada hari raya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut melibatkan dua buah kenderaan lain iaitu kereta Perodua Myvi dan bas ekspres MaraLiner. Bas ekspres itu semasa kejadian membawa 26 penumpang.-kosmo

Sambut Aidil Adha Bersama-sama Madu

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima gembira menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali bersama madunya, Aida Abdul.

Menerusi gambar yang dimuat naik Erma di dalam Instagram miliknya, dia mengalu-alukan kedatangan Aida ketika sambutan itu di kediaman ibu kepada suami mereka, Badaruddin Azmi atau Bade Azmi.

"Menyambut raya bersama adik saya yang cantik. Selamat datang ke dalam keluarga kami," kata Erma.

Erma, Bade dan Aida kelihatan gembira menyambut Aidiladha bersama-sama selain turut ditemani ahli keluarga yang lain.

Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990 dan bersama-sama membesarkan lima orang anak.

Pada 27 Mei lalu Bade bernikah sekali lagi dengan Aida di sebuah hotel di Cherating, Pahang. - UTUSAN

Friday 3 October 2014

Remaja Mengadu Diliwat

Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.
Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.
Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.
Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. -Harian Metro,26/9/14.

Kandungan Blog