Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 13 July 2014

Awas, Zakar Lelaki Boleh Patah, Boleh Juga Putus Jika Sudah Terlampau!

 
Lelaki Patah Zakar Gara-Gara Terlalu ‘Semangat’ Berasmara
 
DI Bandar Jinhua, China seorang lelaki yang dikenali sebagai Xu, 40, terpaksa menanggung kesakitan selepas zakarnya patah semasa melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Insiden itu berlaku gara-gara dia terlalu ‘bersemangat’ selepas dua minggu tidak berasmara dengan isterinya kerana terlalu sibuk menonton perlawanan Piala Dunia di televisyen.

Memetik Shanghaidaily, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikatakan mempunyai hubungan yang cukup baik.

Kejadian disedari selepas Xu merasa sakit dan terkejut melihat zakarnya berdarah dan bengkok kira-kira 30 darjah.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana doktor yang merawatnya memberitahu kecederaan itu tidak akan menganggu kehidupan seksnya selepas ini.

Potong kemaluan suami

[HM] Sao Paulo: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

Sebaik mengetahui suaminya bermain kayu tiga, wanita itu tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya menanti beberapa hari kemudian, mencadangkan mereka bermain permainan seks yang membolehkan dia mengikat suaminya pada katil mereka.

Ketika lelaki berkenaan baring di atas katil dengan tangan dan kaki diikat, isterinya memotong kemaluannya, lapor stesen televisyen Globo.

Kejadian berlaku di Santos, 77 kilometer ke tenggara Sao Paulo.

Organ itu tidak dapat disambung semula tetapi lelaki itu tidak dalam bahaya. Menurut laporan stesen itu, polis menahan wanita berkenaan untuk didakwa. - AFP - 19/8/13
Sumber: http://mynewshub.my/ 

Bersederhanalah dalam setiap sesuatu


Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)

Manusia, dari akar kata insan, maksudnya seringkali terlupa. Hatta Islam bersifat universal dan sejagat. Fitrah manusia suka pada perkara-perkara yang mengembirakan, namun kadang-kadang kita seringkali terlepas pandang akan perkara sebaliknya khususnya dalam bergurau.

Ya, gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan kasih sayang dan ukhwah dan perpaduan(berapa banyak dan) DAN yang paling penting dapat ganjaran pahala kerana kita menghiburkan orang lain, NAMUN jika tersalah atau terlebih gurauan pasti akan mengecewakan perasaan orang lain tanpa kita sedar. Oleh itu Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam pergaulan dan gurauan. Begitulah indahnya Islam, mengajar kita erti bersederhana biarpun dalam bergurau senda, sederhana walaupun tika tertawa, tapi, diri sendiri yang sering terleka dan terlupa untuk bersederhana.
Antara adab bergurau senda dalam Islam :

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohilah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlah berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)

Bersederhana bukan hanya terbatas dalam gurau senda sahaja malah mencakupi perlakuan yang lain, umpamanya dalam memilih sesuatu, makanan,pakaian,tempat tinggal,ibadah bahkan juga dalam urusan seksual pasangan suami isteri.

Nas Al Quran dan Sunnah, diantaranya seperti yang terkandung dalam surah An Nisa’ ayat 3 yang bermaksud:

“Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja”.
Kesimpulannya, jangan terlalu menurut nafsu, bersederhanalah dalam semua keadaan dan ukur baju pada badan sendiri. Wallahhuaqlam.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog