Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Thursday 11 September 2014

Jurugambar bebas disyaki berkhalwat dengan ustazah

JOHOR BAHRU - Seorang jurugambar bebas ditahan pihak berkuasa agama selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga ustazah di salah sebuah sekolah tahfiz di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika ditahan lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dia baharu masuk ke bilik bakal tunangnya itu untuk menghantar ubat atas permintaan ustazah berkenaan yang demam.

Lelaki berkenaan yang mendaftar dua bilik berasingan sebelum itu mendakwa dia dari Tangkak, Ledang dan bermalam di hotel berkenaan kerana mempunyai urusan kerja di bandaraya ini.

Ustazah terbabit memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membungkus pakaiannya sebelum dibawa menaiki van Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Sementara itu, seorang wanita warga Vietnam hanya mampu menangis dan merayu penguat kuasa supaya tidak ditahan selepas ditangkap berdua-duaan dengan pasangannya yang berasal dari Bangladesh.

Kedua-duanya yang berusia lingkungan lewat 20-an didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ditahan untuk siasatan lanjut selain akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi proses pengusiran.

Kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) itu dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat Jaij untuk tindakan lanjut.

Serbuan Operasi Ambang Merdeka disertai sembilan anggota dan pegawai diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari yang juga bertindak sebagai ketua penguatkuasa operasi berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog