Gambar hiasan |
Dalam kejadian jam 5.30 petang
kelmarin, anggota tentera berusia 30-an itu dikatakan menyerang mangsa
menggunakan topi keledar di sebuah kedai fabrik di Beranang di sini,
menyebabkan remaja terbabit mengalami kecederaan serius di kepala dan
tubuh.
Sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati suspek dan
isterinya itu menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses
penceraian.
Menurutnya, suspek dikatakan muncul di kedai fabrik milik isterinya dengan tujuan untuk berjumpa wanita terbabit.
“Bagaimanapun isteri suspek berkeras enggan berjumpa suaminya itu berikutan bimbang pergaduhan tercetus.
“Tindakan
wanita terbabit menyebabkan suspek ‘naik angin’ apatah lagi selepas
mendapati seorang remaja lelaki belasan tahun turut bekerja di premis
isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek yang cemburu dan
menuduh isterinya menjalin hubungan sulit dengan remaja terbabit memukul
remaja lelaki itu berulang kali menggunakan topi keledar.
“Mangsa dihentam berulang kali di muka dan tubuhnya menggunakan topi keledar hingga cedera.
Suspek yang puas memukul mangsa kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Beranang di sini, sebelum mendapatkan rawatan.
Sementara
itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
yang dihubungi berkata, pihaknya segera menjalankan siasatan terhadap
kes itu sebelum mengesan dan memberkas suspek pada hari sama.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - METRO.
No comments:
Post a Comment