SANAA, YAMAN - Seorang pengantin perempuan berusia lapan belas tahun
meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada malam pertama
perkahwinannya, dengan seorang lelaki lima kali umurnya.
Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.
"Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ," katanya kepada Reuters.
"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.
Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.
Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.
Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.
Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.
Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.
Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.
Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.- ARKIB SINAR.
Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.
"Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ," katanya kepada Reuters.
"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.
Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.
Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.
Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.
Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.
Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.
Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.
Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.- ARKIB SINAR.
Teknik dan Akhlak Berjimak Dalam Islam
Saya kira kes di atas adalah salah satu kes terpencil. Jika dilihat pada usia 18 pengantin perempuan, sudah dianggap usia yang sudah boleh dijadikan isteri lebih-lebih lagi telah serasi dengan budaya setempat (negeri Arab). Kejadian yang tidak diingini (kematian) berlaku mungkin disebabkan faktor-faktor lain.Antaranya adab dan kesopanan sebagai suami isteri yang tidak diberi perhatian.Artikel ini adalah untuk rujukan kepada semua orang
Islam. Langkah-langkah berikut adalah seprti yang diajar oleh Rasulullah
s.a.w dan jika anda melakukan sesuatu cara itu walaupun ianya halal
dari sisi agama, anda disarankan menanyakan pendapat isteri anda samada
ianya selesa atau tidak.
Teknik & Akhlak Berjimak
Berjimak atau melakukan hubungan seks adalah salah satu kenikmatan
yang Allah berikan kepada manusia. Berjimak antara suami isteri boleh
mengekalkan kesihatan, mengeratkan kasih sayang dan memanjangkan
keturunan. Ia juga dapat mengawal nafsu dan kehormatan dariapda
melakukan perbuatan yang haram. Nafsu yang tidak dikawal mengundang
pelbagai kejahatan seperti rogol, zina, homoseks, lesbian, sumbang
mahram, anak luar nikah dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku
berkahwin dengan perempuan, makan daging, tidur dan juga bangun,
berpuasa,dan juga berbuka. Maka sesiapa yang tidak menyukai sunnahku,
maka ia bukan daripada golonganku.”
Hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin,
maka kahwinlah. Sesungguhnya kahwin itu akan lebih dapat menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka
hendaklah berpuasa. Kerana puasa itu dapat menjadi benteng.”
Bagi pasangan yang sah, perhubungan ini
memerlukan rangsangan untuk berjimak. Terdapat pelbagai maklumat
melalui buku, majalah, VCD, dan internet tentang hubungan seks. Namun
kita sebagai orang Islam sewajarnya berpegang kepada akhlak atau adab
berjimak dalam Islam.
Dalam hubungan seks, lelaki lebih banyak menumpukan nafsu syahwat
berbanding dengan wanita yang mendambakan belaian kasih sayang dan
luahan jiwanya. Suami perlu tahu melayani isterinya dengan baik dan
berakhlak. Kelakuan seks ganas atau luar biasa boleh memudaratkan
kesihatan dan nyawa. Jika anda benar-benar menyayangi pasangan anda,
jadikan pelayaran itu bagaikan syurga yang dapat dinikmati sepenuhnya
oleh anda berdua.
Panduan yang diberikan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan pasangan serta memperoleh zuriat yang baik, insya-Allah.
1. Sebelum berjimak, bersihkan diri dengan mandi, mengambil wuduk,
memakai haruman yang lembut dan berpakaian yang menggoda pasangan anda.
2. Wujudkan suasana kamar yang romantik seperti menggunakan lampu
yang samar, bau wangi daripada lilin beraromaterapi dan suhu bilik yang
dingin.
3. Beri salam ketika mendekati pasangan anda supaya si dia bersedia untuk menerima kedatangan anda dengan rasa gembira.
4. Bercumbu, bergurau senda dan berkucupan. Diriwayatkan oleh Jabir r.a., “Rasulullah s.a.w melarang melakukan jimak sebelum bergurau senda terlebih dahulu.”
5. Doa ketika hendak berjimak, “Dengan nama Allah, Ya Allah,
jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki
(bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami.” (H.R Bukhari). Doa ini dibaca ketika suami isteri hendak berjimak. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud, “Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dgn isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan.”
6. Pakai selimut atau kain menutupi tubuh anda berdua. Al-Ghazali berkata,”Dalam
suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata
manis, bermesra-mesraan dan sebagainya; dan menutup diri mereka dengan
selimut, jangan telanjang menyerupai binatang. Si suami harus memelihara
suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama dapat
menikmati dan merasa puasa.”
7. Membelai, meraba dan menyentuh bahagian-bahagian yang
merangsangkan syahwat seperti bawah ketiak, payu dara, leher, dan
pinggang ke bawah.
8. Apabila sudah terangsang, lakukan pelayaran dengan baik dan sopan.
Dengan ini, pasangan suami isteri dapat menikmati anugerah yang Allah
SWT berikan. Islam membenarkan suami menjimak isteri pelbagai cara.
Firman Allah maksudnya : “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai..” (Surah Al-Baqarah:223). Ini bermakna berjimak dari
arah mana asalkan melalui faraj isteri. Larangan berjimak dengan isteri
yang sedang haid dan melalui dubur.
9. Sekiranya suami sudah mencapai klimaksnya dengan terpancut air
maninya, layanilah isteri sehingga berasa puas. Rasulullah s.a.w
berkata, “Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah
cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu
juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya
punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang
berjimak.”
10. Sekiranya ingin mengulangi jimak sebelum mandi hadas, ambillah
wuduk di antara dua jimak. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Sa’id
Al-Khudry bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang antara kamu telah menggauli isterinya, kemudian ingin bersetubuh lagi hendaklah ia berwuduk.”
TEKNIK JIMAK PALING SESUAI
1. Keadaan suami berada di atas dan isterinya sambil berbaring di
atas pembaringan yang selesa. Ini menunjukkan kesempurnaan sifat lelaki
sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Sebagaimana disebut oleh Ibnu
Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya At-Tibuunabawi bahagian jimak.
Katanya, teknik berjimak yang terbaik itu bersesuaian dengan firman
Allah SWT yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pulasebagai pakaian bagi mereka.” (Surah Al Baqarah:187) dan firman Allah yang bermaksud, “Kaum
lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan…” (Surah
An-Nisaa’:34) . Kata Ibnu Qayyim, pakaian yang paling sempurna
adalah posisi wanita di bawah di mana ia berfungsi sebagai pakaian bagi
lelaki, manakala lelaki di atas sebagai pakaian bagi wanita.
2. Teknik lain yang sesuai dengan tidur mengiring juga disebut
sebagai pakaian. Manakala teknik yang tidak baik apabila lelaki menjimak
dari bawah. Antara keburukan teknik ini ialah:
a) Air mani lelaki sukar untuk keluar sepenuhnya. Ia boleh
menyebabkan ada yang tersisa lalu menjadi busuk dan menyebabkan
penyakit.
b) Berlaku kemasukan cecair daripada faraj wanita ke dalam zakar lelaki. Ia boleh mendatangkan penyakit.
c) Rahim wanita tidak menerima air mani lelaki secara sempurna dan ia boleh menyukarkan untuk mendapatkan anak.
PERKARA MAKRUH BERJIMAK
1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.
PERKARA HARAM BERJIMAK
1. Berjimak melalui dubur
Tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah
bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang
menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w
menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah
s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada
lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang
mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah
dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah
tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari
duburnya.”
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid
Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT, “Dan mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah
kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian
apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa
menyucikan diri.” (Surah Al Baqarah:222).
Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:
1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu
kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.
2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.
3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.
4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.
Dicadangkan pembaca memperbanyakkanlah bacaan tentang hubungan
suami isteri sama dari segi hubungan seksual mahu pun hubungan lain yang menyentuh perkara-perkara fizikal dan emosi wanita setiap hari.
Wallahhuaqlam.
Dimuatturun daripada pelbagai sumber.
No comments:
Post a Comment