Kuala
Lumpur: Seorang warga Myanmar nyaris hilang zakar angkara isterinya yang
dipercayai berang selepas diberitahu mahu diceraikan lelaki berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, mangsa berusia lingkungan 40-an bernasib baik apabila tersedar dari tidur selepas sakit pada kemaluannya yang dipercayai hanya sempat dikelar wanita itu.
Sebelum insiden itu, lelaki terbabit yang tinggal berseorangan di Flet Taman Wilayah, Sentul, di sini, sedang tidur ketika dikunjungi isterinya yang tinggal berasingan untuk berbincang masalah rumah tangga mereka.
No comments:
Post a Comment