Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 3 August 2015

Batalkan Niat Perkosa Setelah Dengar Tazkirah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sudah membogelkan rakan sekelasnya membatalkan niat memperkosa mangsa sejurus diberikan ‘tazkirah’ berhubung dosa besar bakal ditanggung.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah yang sebelum itu ditanggalkan.

Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertinggal Mykad di dalam kereta suspek yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari menghadiri kelas di sebuah kolej swasta di Cheras.

Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian menghubungi suspek dan meminta Mykad itu dihantar kembali kepadanya.

“Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di restoran berdekatan untuk mengambil semula Mykad itu sejam kemudian.

“Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek memberi alasan Mykad mangsa tertinggal di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta mangsa mengikutnya hingga bilik hotel berkenaan,” katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke atas katil sebelum cuba diperkosa.

- Harian Metro

Anak Gadis Bawa Teman Lelaki Berasmara Dalam Bilik

TAMPIN – Tindakan licik sepasang kekasih memadu kasih sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar apabila kediaman keluarga gadis di tanah rancangan Felda dekat Gemencheh itu, diserbu penduduk kampung, 31 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penduduk yang merasa curiga dengan kewujudan sebuah motosikal berhampiran rumah keluarga gadis berkenaan segera ke rumah tersebut bagi melihat tetamu tidak diundang berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, sebaik pintu rumah diketuk, ibu dan bapa gadis berkenaan, berusia 40-an yang berada di dalam rumah, terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung terdapat tetamu lain yang berkemungkinan menyelinap masuk ke rumah mereka.

“Lalu mereka membuat pemeriksaan ke dalam bilik anak gadis mereka yang berusia 15 tahun dan terkejut apabila terdapat seorang lelaki berusia 19 tahun di dalamnya.

“Berang dengan insiden berkenaan, ibu gadis segera membuat laporan polis pada malam sama selepas rahsia hubungan terlarang anak gadisnya bersama teman dikenali di dalam Facebook terbongkar di rumahnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sumber berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja berkenalan tiga bulan lalu dan pertemuan bitu bukanlah yang pertama memandangkan perlakuan sumbang tersebut turut dilakukan di lokasi lain termasuk rumah suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika mengesahkan kejadian berkata, kini kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan susulan kes rogol seorang gadis bawah umur.

“Suspek yang hanya bekerja kampung ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ditangkap. Jika sabit kesalahan, suspek akan berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.- Arkib Sinar.

Sewakan Kekasih Untuk Beli iPone 6

Akibat terlalu terdesak untuk memiliki telefon iPhone 6 yang baru dilancarkan baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menyewa teman wanitanya dengan kadar RM5 sejam dalam usaha mengumpul wang bagi membeli gajet terbabit.

Bagi tujuan itu, Wei Chu, 25, sanggup mengangkat poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, di Shanghai.

Mereka yang berminat boleh menyewa wanita itu, Xiao Ai, selama sehari dengan bayaran RM26 atau RM263 bagi tempoh selama sebulan.

Namun dia menetapkan Xiao Ai hanya disewa bagi tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan.

Dia mendakwa Xiao Ai bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan dan mereka yang berminat boleh melihat biografi yang disediakan olehnya.

Kaedah `perniagaan’ yang dijalankan oleh Wei Chu ini merupakan satu langkah melampau untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone yang digunakan oleh sesetengah individu terdesak di dunia ini.

Minggu lepas, seorang lelaki Arab Saudi telah meminta abang iparnya menyediakan iPhone 6 sebagai hantaran perkahwinannya.

Tahun lepas, ketika iPhone 5 dilancarkan, sepasang suami isteri di China telah menjual bayi mereka yang baru lahir dalam usaha untuk membeli barang mewah termasuk telefon.

Diratah Teman Lelaki Warak

Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia.


NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan.

Kandungan Blog