Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Thursday 24 July 2014

Jantan Gila Talak, Rogol Bekas Isteri dihadapan Anak

gambar hiasan

[Harian Metro] Johor Bahru: Padah merogol bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan tahun lalu, seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan tertuduh yang berusia 38 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa merogol bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di rumah lama mereka di Taman Anggerik Kempas di sini, pada jam 2 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk diam, tetapi selepas dipujuk hakim, dia memohon hukuman ringan dan berharap tidak dikenakan sebatan kerana menghidap kencing manis.

“Saya tetap mahu beritahu saya tidak bersalah.

Tetapi saya terima keputusan hakim, cuma saya mohon hukuman ringan penjara dari tarikh saya ditangkap dan tidak dikenakan sebat kerana ada kencing manis,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman meminta mahkamah tidak memberi pengecualian hukuman sebatan kepada tertuduh.

“Sekiranya tertuduh disahkan mempunyai masalah kesihatan, itu bidang kuasa pihak penjara untuk memutuskan pelaksanaan hukuman sebatan terbabit,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang diceraikan talak tiga pada 2008 tidak hadir ke mahkamah kerana bekerja, menyerahkan keterangan impak mangsa (VIS) secara bertulis kepada mahkamah.

Berdasarkan VIS, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan serta malu diperlakukan sedemikian di ruang tamu rumah di hadapan anaknya.

“Saya malu dengan anak, tertekan kerana bukan saja dirogol, tetapi dicederakan dengan pisau.

Dia ceroboh rumah sewa saya dan kononnya mahu ajak saya dan anak keluar minum, rupanya dia bawa ke rumah lama kami.

Saya ikutkan kerana saya takut.

“Saya mohon hukuman berat terhadapnya kerana bimbang jika dia berada di luar, dia terus mengganggu dan saya takut kerana dia berani bunuh saya,” katanya.

Pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa pada 23 September 2013, dibebaskan bagi tuduhan berkenaan, tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan pada 19 November menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan dia membela diri Jun lalu.

Seramai lapan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengemukakan empat saksi ketika prosiding pembelaan. -Metro,Izlaily Nurul Ain Hussein/24/7/14

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog