Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Friday 25 July 2014

Berzina Depan Anak


KULIM: Seorang isteri berusia 23 tahun yang mempunyai dua anak sanggup bermain kayu tiga apabila ditahan berkhalwat bersama kekasih gelapnya dalam kejadian di Kampung Padang Tembak, malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, perbuatan durjana wanita berkenaan dilakukan di rumahnya sendiri ketika suaminya bekerja dan di depan dua anaknya berusia enam dan setahun setengah.

Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, suami wanita berkenaan yang dihubungi penduduk kampung pulang ke rumahnya sebelum mendapati kekasih gelap isterinya berusia 20 tahun berbaring di sofa.

Katanya, berang dengan tindakan isteri dan lelaki berkenaan, suami yang berusia 25 tahun terbabit memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan lanjut.

“PADK menerima aduan kira-kira jam 9.30 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di rumah berkenaan, kami dapati berlaku pergelutan antara suami wanita itu dengan kekasih gelap isterinya,” katanya.- Arkib Harian Metro Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog