Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Thursday 10 July 2014

Isteri Lapor Kena Culik Untuk Sembunyikan Kegiatan Curangnya Dengan Kekasih



[Borneo Post] SIBU: Bimbang rahsia curangnya terhadap suami terbongkar, seorang isteri bertindak mereka-reka cerita dengan membuat laporan palsu kepada polis mendakwa dirinya diculik, semalam.

Wanita berusia 30-an yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain itu, dikatakan tampil membuat laporan polis di sini sambil ditemani seorang rakan wanitanya sekitar jam 6 pagi.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa diculik oleh empat lelaki yang tidak dikenali.

Suspek mendakwa, empat lelaki turun dari sebuah van lalu menariknya dan rakannya pada jam 11 malam kelmarin di Jalan Apollo, di sini dan terus memecut lari membawa mereka.

Suspek memberitahu polis bahawa dia diikat di pergelangan tangan sambil mata dan mulutnya ditutup oleh penculik terbabit.

Bagaimanapun, suspek berkata penculik terbabit kemudian menurunkannya di Pintu Gerbang Sibu tetapi tidak melepaskan rakannya.

Sejurus selepas itu, suspek difahamkan berjalan kaki ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis bagi melaporkan ‘penculikan’ terbabit.

Dia mendakwa rakannya itu terus dilarikan dan hanya dia sahaja yang dilepaskan penculik.

Selepas menjalankan siasatan lanjut, polis mendapati rakannya selamat dan tidak seperti yang dilaporkannya.

Dikatakan suspek mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain pada malam Sabtu dan tidak pulang ke rumahnya.

Disebabkan tidak pulang ke rumah dan berasa bimbang suaminya mengesyaki kecurangannya, suspek bertindak membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya diculik.

Walaupun tiada kesan pada pergelangan tangannya yang diikat, polis difahamkan turut membawanya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada pagi semalam.

Menurut polis, suspek turut mengaku telah membuat laporan palsu tersebut. -Disiarkan pada 7/7/2014.
Sabda Rasulullah SAW: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah).”  (Riwayat Imam Ahmad r.a.)

Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog