Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 7 July 2014

Hati Tersentap Dengar Anak Gadis Bertukar-tukar Pasangan


Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.

Lepas satu, satu... daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.

Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.

Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.

"Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain", akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi.

"Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

"Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu", ujarnya lagi dengan nada tenang.

'Aku Dah Bosan'
Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.

Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu.

Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil.

"Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

"Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia", tutur Amy.

Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.

"Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti", katanya.

Isteri Terkejut

Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.

"Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.

" Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

"Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status 'lepas geramnya' itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.

"Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

"Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial", katanya sambil menahan sebak.

Arkib-7 Mac 2014- mD

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Berikut diperturunkan beberapa penulisan yang mungkin dapat dijadikan panduan dan motivasi kepada ibubapa yang berhadapan dengan situasi seperti di atas.

Kita perlu berhadapan dengan apa jua situasi yang mendatang tidak kiralah samaada baik atau buruk. Jika apa yang kita lakukan selama ini terbaik dan sudah dikira mencakupi kehendak yang sepatutnya dan kita pula dianugerahkan zuriat dan keturunan yang baik-baik maka kita sepatutnya bersyukur, begitu juga sebaliknya, jika sudah kita laksanakan yang terbaik namun kesudahannya buruk, kita perlu terima hakikat bahawa kita sedang diuji dengan ujian yang hebat.

Kita tentunya masih ingat bagaimana Nabi Ibrahim alaihissalam melalui detik-detik dan  situasi tersebut tatkala berhadapan dengan anak dan isterinya yang engkar dan kufur.Akhirnya mereka tenggelam di dalam banjir besar bersama-sama kaumnya yang engkar.

Dan matlah malang jika kepincangan dalam keluarga disebabkan kesilapan ibubapa sendiri yang terlalu mengagung-agungkan dunia sehingga zuriatnya juga terikut-ikut dan terlebih leka dengan keeseronokan dunia.Kepada "yang hanyut",mudah-mudahan mereka dapat mencari jalan pulang.Tepuk dada tanyalah iman - Blackaboojr.

Hadith Riwayat Muslim: 
 
حَدَّثَنَا حَاجِبُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ، عَنْ الزُّبَيْدِيِّ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّه" مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟ ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ: وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ:   

Ertinya :Hâjib bin al-Walid menceritakan kepada kami (dengan mengatakan) Muhammad bin harb menceritakan kepada kami (yang berasal) dari al-Zubaidi (yang diterima) darfi al-Zuhri (yang mengatakan) Sa'id bin al-Musayyab memberitahukan kepadaku (yang diterima) dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Setiap anak lahir (dalam keadaan) fitrah, kedua orang tuanya (memiliki andil dalam) menjadikan anak beragama Yahudi, Nasrani, atau bahkan beragama Majusi, sebagaimana binatang ternak memperanakkan seekor binatang (yang sempurna anggota tubuhnya). Apakah anda mengetahui di antara binatang itu ada yang cacat/putus (telinganya atau anggota tubuhnya yang lain)

Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi dan Akidah Anak Sebaik-baik dilahirkan

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggal dunia seseorang , maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.(HR al-Bukhari)

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i- Azan dan iqamat

HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.(Hadis Riwayat Abu Ya’la)

ii- Membelah mulut (tahnik)

TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

iii- Penyusuan

SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama

Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: ” Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

v- Bercukur

Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah

Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud :

"Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan

Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud:

“Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” (Hadis Riwayat At- Tabrani)

Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

i- Menanamkan asas-asas keimanan

ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.

vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.

viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.

ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.

x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.

Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup dan kehidupan mereka.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)"

* Sekurang-kurangnya yang terlibat dalam kisah di atas telahpun bersuara. Dia dalam kalangan lelaki yang tidak dayus.Tidak seperti lelaki-lelaki lain yang sewenang-wenangnya membiarkan tanggungan mereka bergelandangan  dan melakukan sesuka hati walaupun melanggar batasan seorang Muslim - Admin.

Penulisan ini sebahagiannya disunting dari halaman /http://zanas.wordpress.com/  dengan bebas.
Penulisan dan pengalaman lain juga boleh diikuti pada halaman berikut: http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog