Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun
yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di
ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat
kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa
bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu baru baru
ini.
Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota
penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang
bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.
Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu
yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil.
Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan
bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.
Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu
No comments:
Post a Comment