Gambar hiasan
Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami
mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah
hati saya dunia dan akhirat.
KISAH ini terjadi pada dua tahun
lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat
kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana
tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.
Saya
lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik
air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang
dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang
dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan
layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat
lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak
sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati
saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang
saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi
dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia
sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata
berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya
diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan
tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi
kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus
saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar,
cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang
tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak
bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat
biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya
tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone
tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa
saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan
bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat
macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki
kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk
digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan
kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan
pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak
gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora
apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke
arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun
menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta
tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan
berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat.
Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya.
Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab
panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada
hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia
berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati
saya melihat isteri saya berbohong.
Saya kuatkan semangat ingin
membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori
hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar
dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang
saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya
mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3
jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki
itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa
kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya
pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib
semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta
sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan
mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka
keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala
perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya
tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.
Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong
belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut
mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.
Saya mengambil
keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi
untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu
dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong
itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi
yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan
tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night
vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam
keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya berdebar,
amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut
mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan
tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti
sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang
selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR
LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan
sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga,
tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.
Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus
saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke
kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu
kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada
Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri
saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya
sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang
tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya
sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.
Apabila terdengar
bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak
saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah
masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia
cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika
mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah
sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku.
Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat
pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan
keji di jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri saya tidur
sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau
pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi.
Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk
menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya
membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil
itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua
kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada
keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya
rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.
Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di
dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya
jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia
menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia
meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya
sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti
yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri
saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya
yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian
dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari
itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia
mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia
sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya
terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat
sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari
bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta
anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke
kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan
neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah
anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui
hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus
menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya
berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh
minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya
menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil
menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium
dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan
tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak
banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan
hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak
habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.
Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya
kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya, mereka
sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti
tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya
kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya
meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk
membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu,
itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat
kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat
sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak
dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan
kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri
saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian
mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil
keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah
berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya
mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh
mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus
bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan
sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu,
isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia
memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan
berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu
kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD
dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua
saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan
dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang
#bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala
sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan
saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan
berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan
Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan
isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut
melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara
anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan
papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu
memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang
tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang
kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat
mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah adik ipar saya juga
dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang
terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.
Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua
mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas
itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon
perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya
mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri
saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan
disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas
kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas
isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan,
saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita
yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas
isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana
lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah
balasan Allah kepadanya.
Pada hari raya puasa yang lalu, saya
berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana
saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya
tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini
kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar
makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah
sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja
saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru
dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya
di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup
yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang
sebenar.
KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman
sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah
‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan
tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah
tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.
WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.
Jika
tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara
mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan
semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu,
menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk
‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak
kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita
sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.
Seorang suami yang
berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang.
Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah.
Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar
segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita
hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih
boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.
Hasil
kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza
dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami
yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan
soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri
serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami
yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya.
Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.
Janganlah
biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara
zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja,
pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah
buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar
mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.
Pengalaman
seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang
sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan
ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang
sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan
mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan
kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut
menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di
kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah penceraian yang
berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin
dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms,
facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu
isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti
maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda
masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari
kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita
hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah Allah tegaskan
bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi
arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini
segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah
hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’. - sumber