Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 7 September 2014

Teman Wanita Perokok

Saya lelaki berusia 28 tahun dan bersedia mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai teman wanita lebih muda tiga tahun serta mempunyai kerjaya stabil.

Dari segi sikap dan tingkah laku, dia menepati ciri idaman iaitu bijak, cantik, bergaya serta pandai membawa diri.

Masalahnya cuma teman wanita saya perokok. Saya pula tidak merokok, membuatkan saya berfikir sama ada dia calon sesuai. Apabila saya menasihati dia supaya meninggalkan tabiat itu, dia merajuk dan menuduh saya sudah bencikan dia.

Padanya, saya selaku teman lelaki harus menerima kelemahan serta kekurangan dirinya. Saya menegur untuk kebaikan dan apabila dia enggan berhenti, saya menjadi ragu-ragu untuk melamar dia. Betulkah pendekatan saya?

DHUAN

Batu Kurau, Perak

Dalam sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berkata, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebeng-kok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Jika kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya, akan terus beng kok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Rasanya hadis terbabit adalah panduan terbaik di atas persoalan saudara. Sejauh mana saudara sanggup mahupun mampu mengambil peranan itu atau berasakan sudah berputus asa dengan calon pilihan hati terbabit.

Itu jawapan yang seharusnya saudara teliti. Tepuk dada, tanya iman di hati, mampukah saudara lebih tabah mendidik teman wanita atau ingin toleransi terhadap kelemahan berkenaan.

Kemudian berterus-terang segala perkara, termasuk keputusan sama ada mahu berkompromi dengan sikap buruknya atau berputus asa untuk melamarnya.

Jika teman wanita serius terhadap hubungan, mungkin dia menghentikan sikap buruknya dan belajar menjadi isteri taat sebelum berkahwin.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog