Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Thursday 25 September 2014

Hubungan Seks Sejenis Dalam Surau

TAMAN Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras memang popular dengan kegiatan riadah para penduduk warga kota.

Namun ramai yang tidak tahu, taman yang kelihatan tenang di waktu siang itu PANAS dengan kegiatan sumbang di sebelah malamnya.

Setiap malam ramai pasangan muda mudi yang bercumbu di balik kegelapan malam, terdapat juga golongan remaja maknyah yang menawarkan khidmat seks serta kelompok lelaki gay yang melampiaskan nafsu mereka di situ.

Seorang pengunjung yang ditemui baru-baru ini, tidak menafikan perkara itu malah mengakui pernah hampir ‘terlanjur’ dengan salah seorang maknyah yang berpeleseran di kawasan tasik itu.

Menurut Boy, 19, setiap malam terutama di malam minggu dia dan puluhan rakannya akan berkumpul di kawasan sekitar tasik untuk berbual-bual kosong.

” Pada satu malam tu, ada seorang maknyah menghampiri saya. Lama kami berbual kemudian dia memegang tangan saya sebelum mengajak saya ke sebuah bangunan kecil di sudut taman tersebut yang gelap gelita.

” Dia kemudiannya menggoda saya untuk melakukan maksiat, sampai saja di bangunan itu tiba-tiba saya ternampak satu papan tanda. Ya Allah, surau rupanya!,” kata Boy yang terus beredar sebaik saja mengetahui bangunan kecil itu adalah tempat beribadah.

Menurut Boy, maknyah itu mengaku menjadikan surau tersebut sebagai ‘port’ untuk melakukan perkara yang terkutuk itu.

Jelasnya, dengan keadaan sekeliling yang gelap gelita, ramai tidak tahu bangunan kecil yang dimaksudkan adalah sebuah surau.

Menurut salah seorang peniaga, Ijam (bukan nama sebenar), sebelum ini memang ada serbuan daripada pihak berkuasa seperti JAWI dan polis namun ia dibuat secara berkala.

Malah, katanya, dia tidak lihat kelibat anggota penguatkuasa di situ sejak dua bulan lalu.

” Yang ada hanyalah anggota polis bermotorsikal…namun secara peribadi saya merasakan ia tidak cukup untuk membendung masalah sosial di taman tasik itu.

” Kami yang berniaga di sini memang ‘sakit mata’ melihat apa yang berlaku, adakalanya bila dah tak sabar tu, kami ada juga memarahi mereka tetapi pada mereka kemarahan kami itu hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

” Selalunya ibu bapa yang datang bersama-sama anak mereka untuk beriadah di sini terpaksa berpatah balik bila melihat kelibat golongan yang tak tahu malu itu,” kata Ijam dengan nada kesal.

Diharapkan pihak berwajib dapat melipatgandakan usaha untuk membendung penyakit sosial di Taman Tasik Permaisuri ini.

Makin lama ia semakin menjadi-jadi hingga menjadi jolokan ‘sarang maksiat’ oleh para penduduk kawasan sekitar. – MyNewsHub

1 comment:

  1. Cerita yang bagus.. teruskan..
    Tumpang Iklan
    Nakal lah abang ni..
    Seronok lah tu..
    >>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

    ReplyDelete

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog