Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 29 September 2014

IBU PUKUL ANAK HINGGA MATI DI BUKIT MERTAJAM


 
Bukit Mertajam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut dipercayai akibat dipukul ibunya ditemui ditanam di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Permatang Tinggi, pagi hari ini.

Mayat itu ditemui selepas ibu mangsa SERTA teman lelakinya dibawa polis bagi menunjukkan lokasi kanak-kanak terbabit ditanam.

Pasangan itu yang diiringi pegawai penyiasat dan anggota forensik SERTA Unit Anjing Pengesan (K-9) berjaya mengesan dan mengeluarkan mayat kanak-kanak itu dari lokasi dia ditanam.

Sebelum penemuan mayat itu, ibu mangsa dikatakan membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya.

Bagaimanapun, polis mula mengesyaki sesuatu ketika menyoal siasat wanita terbabit sehingga dia mengaku memukul mangsa dan secara tidak sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.


Menurut pengakuan wanita itu, dia memukul kanak-kanak terbabit di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Sementara itu, Ketua Jabatan siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, ibu mangsa dan teman lelakinya sedang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.- METRO.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog