Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 22 September 2014

Syurga Dunia Diserbu


Sebuah pusat hiburan di Medan Putra Bandar Manjalara, Kepong di sini, dikesan menyajikan pertunjukan tarian ‘disko dangdut’ dilakukan sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi menarik perhatian ratusan pelanggan setiap malam.

Kebanyakan wanita GRO ini mempersembahkan tarian berahi selain membenarkan pelanggan turut sama menari sambil meraba tubuh mereka.

Kegiatan maksiat itu yang turut mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan beragama Islam akhirnya dibongkar selepas premis itu diserbu polis dalam operasi Ops Pusat Hiburan awal pagi, semalam.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, tujuh GRO warga China, enam warga Vietnam dan seorang warga Thailand serta seorang lelaki tempatan ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Deputi Superintendan Bahrain Che Rose bersama 26 anggota polis.

Baharin berkata, serbuan dilakukan ketika puluhan pelanggan dan wanita GRO terbabit leka menari berpelukan sambil diiringi muzik kuat.

Katanya, beberapa pelanggan dan wanita GRO terbabit cuba melarikan diri, namun usaha mereka gagal selepas premis itu dikepung anggota polis.

“Dalam serbuan ini, 14 GRO berusia 20 hingga 35 tahun dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis diberkas.

“Pemeriksaan mendapati semua GRO itu melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit kerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya, semalam.

Menurutnya, penjaga premis berusia 40-an itu pula ditahan kerana menggaji pekerja tanpa permit.

Seramai 47 pelanggan turut diperiksa bagaimanapun didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun senarai dikehendaki.

Sementara itu di lokasi berasingan, sepasukan lagi anggota D7 turut menyerbu sebuah premis pusat hiburan di Jalan Ambong Kanan 1, Kepong Baru di sini.

Dalam serbuan itu, seramai 10 GRO warga China, lapan Vietnam dan dua Myanmar bersama seorang penjaga premis lelaki warga tempatan ditahan.

“Siasatan lanjut terhadap semua wanita warga asing ini mendapati mereka tiada premit kerja sah dan disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 11(6) akta sama.

“Pemeriksaan terhadap 40 pelanggan di premis itu bagaimanapun mendapati tiada sebarang rekod jenayah,” katanya

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog