[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu
semalam berjaya membantu operasi memotong dan mengeluarkan alat
berbentuk ‘cincin’ yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki.
Dalam laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di
mana gambar kejadian tersebut telah dikongsi, ia difahamkan empat
anggota bomba telah hadir di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk
membantu para doktor untuk mengeluarkan ‘cincin’ tersebut.
Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, ‘cincin’ itu merupakan sebuah ‘bearing’ alat ganti kenderaan.
Alat berbentuk cincin yang telah berjaya dipotong oleh pihak Bomba - Gambar JBPM
“Motif pemuda berumur 22 tahun itu menyarungkan cincin itu di
kemaluannya tidak diketahui. Orang muda, kan,” kata Zaini apabila
dihubungi Astro AWANI.
Zaini berkata, pada Ahad, doktor dari Hospital tersebut telah membuat
panggilan ke Balai Bomba Kota Bharu untuk meminta pertolongan daripada
jabatan itu untuk mengeluarkan ‘cincin’ terbabit.
“Doktor kepakarannya membedah orang, bukan alat seperti itu. Jadi, kami dipanggil untuk menolong.
“Kami mencuba sedaya upaya menggunakan alat tertentu dan kreativiti kami untuk mengeluarkan ‘cincin’ itu,” katanya.
Zaini berkata lelaki itu kini berada di bawah pengawasan pihak hospital. - T K Letchumy Tamboo/25/8/14
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
ANGGOTA bomba memotong gelung besi yang terlekat pada zakar mangsa di HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan. Mangsa mendakwa perbuatan peliknya itu dilakukan sekadar suka-suka sahaja.
Itu reaksi malu-malu seorang lelaki yang membuatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat di sini melakukan tugas paling pelik dalam sejarah operasi mereka apabila terpaksa berhempas-pulas memotong gelang besi yang melekat pada kemaluannya Sabtu lalu. - Arkib Kosmo.
No comments:
Post a Comment