SURABAYA
- Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan
semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan
pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.
Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu.
Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia.
Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini.
Nama
Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan
sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di
Indonesia.
Bagaimanapun,
ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan
hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup.
Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut. AFP Arkib Khamis, 5 Jun 2014.
No comments:
Post a Comment