Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Friday 26 September 2014

Bomoh dan Isteri di dakwa Lakukan Seks Luar Tabie dan Kelucahan Melampau Terhadap Pesakit

 
Seremban,27 September 2014-Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di Seremban.
  
Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7 malam pada 20 September lepas.
  
Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
  
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
  
Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.
  
Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.
  
Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.
  
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.
  
Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Okt ini.
  
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog