Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Wednesday 24 September 2014

Nelayan dipenjara 45 Tahun 16 Sebatan kerana Merogol dan Merompak

IPOH,25/09/2014 - Seorang nelayan yang juga merupakan perogol bersiri dijatuhkan hukuman 45 tahun penjara dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini tadi atas dua kesalahan rogol dan tiga rompakan.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin terhadap Mohamad Khairi Bahauddin, 32, selepas memerintahkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 2010 lalu supaya berjalan berasingan.

"Setelah meneliti rekod jenayah yang dilakukan responden (Mohamad Khairi) mendapati tidak dapat undang-undang simpati daripada mahkamah serta belas kasihan.

"Responden tidak sesuai berada bersama masyarakat jadi mahkamah menerima rayuan pendakwaan agar hukuman dijalankan secara berasingan," ujarnya dalam keputusan prosiding rayuan sebentar tadi.

Noorin bagaimanapun mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen sama yang dikenakan kepada Mohamad Khairi iaitu penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap dua pertuduhan rogol.

Bagi tiga kesalahan merompak dia terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun dan 6 sebatan. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog