Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 21 September 2014

Seks Oral Dalam Bas


Kuantan: Seorang pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas terkejut melihat aksi sepasang kekasih sedang melakukan seks oral dalam bas itu, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 39 tahun menyaksikan adegan itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kenderaan berkenaan.

Sumber polis berkata, pemandu bas itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum pihaknya menahan pasangan kekasih itu dan meneliti rakaman CCTV itu untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, rakaman selama tujuh minit menunjukkan bahawa remaja berusia 20 tahun yang juga pelajar jurusan perakaunan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu sedang melakukan seks oral terhadap pasangannya yang juga berusia 20 tahun

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

"Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu..- BERNAMA.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog