Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Friday 26 September 2014

Polis wanita buat laporan gambar separuh bogel


 Sekadar hiasan


GEORGETOWN ,26 September 2014 - Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.

Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog