JASIN - Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks
oral terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu
dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu
selepas dia menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.
Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang
dialaminya, kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang
dilakukan oleh bapa kandungnya berusia 37 tahun itu.
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat
laporan di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung
kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim
ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan
seks oral seorang bapa terhadap anak perempuannya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja
sebagai pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek
dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.
"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual,
Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri
pada hari sama dan direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu
siasatan," katanya. - Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment