Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Wednesday 10 September 2014

Pelajar perempuan khalwat dengan lima rakan terima padah

Dua remaja perempuan yang diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengarahkan tiga remaja perempuan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor.

Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas ketiga-tiga mereka, yang berusia 15, 16 dan 18 tahun, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat bersama lima lagi rakan mereka dalam sebuah rumah.

Sebelum itu, ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi rakan perempuan dan empat orang lelaki, termasuk Shauqinurudin Mamat, 20, didakwa melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Flat Gelong Bilal, di sini, jam 5.30 pagi pada 14 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, Shauqinurudin yang bekerja sebagai buruh dikenakan hukuman denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, manakala Muhammad Amirul Fadzlan Seman, 22, pula diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Permurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam, Selangor.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh, iaitu Mohd Akram Firdaus Rashid, 25, dan remaja lelaki berusia 18 tahun bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 15 tahun masih dalam proses perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota hasil maklumat kira-kira jam 5.20 pagi pada 14 Julai lalu.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, keadaan luar rumah cerah manakala gril dan pintu utama tertutup.

Selepas beberapa kali salam diberikan, pintu dibuka dalam tempoh dua minit dua oleh Shauqinurudin.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat orang lelaki dan empat orang perempuan berada dalam rumah berkenaan dan hasil soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog