Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Tuesday 30 September 2014

Suami Durjana Lacurkan Isteri Berumur 18 Tahun Dengan Bayaran RM 50 Sejam

Kuantan: Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.

Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini untuk membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.

Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.

“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog