Pada suatu ketika, tatkala Umar ibn al-Khattab meronda di Kota
Madinah, beliau melalui perkarangan sebuah rumah,
ketika itu penghuni rumah tersebut, seorang wanita sedang bersenandung seorang diri dalam sejuk malam yang mencengkam, katanya :
“Aduhai….! Alangkah panjangnya malam ini…!
Betapa gelap dan pekat suasana sekeliling, dan
betapa lamanya aku dalam penantian, tiada teman untuk bergurau-senda,
Demi Allah…! Sekiranya bukan kerana ketakutanku,
kepada Allah yang maha Esa lagi Maha Melihat,
nescaya akan bergoncang ranjangku ini, dan segala isinya…!
Tapi, oh Tuhanku…! Malu mencegah diriku, untuk melakukannya.
Demi kemuliaan suamiku…! Tidak patut aku merendahkan,
Apa yang pernah dikenderainya.”
Keesokkan
harinya, Umar ibn al-Khattab menyuruh seseorang bertanya kepada
perempuan tersebut tentang masalah yang sedang dideritainya, sehingga
membuat dia meratap sendu dalam keheningan malam tersebut.
Kemudian
pesuruh itu memberitahu Umar ibn al-Khattab, bahawa suami perempuan itu
sedang berjuang ke jalan Allah. Kemudian (berperang) Umar ibn al-Khattab mengutuskan
seorang utusan menemui suami perempuan tersebut untuk mengatakan bahawa
suaminya akan segera berada di sampingnya.
Sesuai dengan
janjinya, Umar ibn al-Khattab mengutuskan seorang utusan menemui suami
perempuan tersebut di medan jihad dan menyuruhnya pulang atas perintah
Umar ibn al-Khattab. Maka dengan itu pejuang itupun pulang menemui
isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemampuan
seorang perempuan menahan rindu terhadap suaminya, Umar ibn al-Khattab
bertanya kepada puterinya, Hafsah (isteri Rasulullah SAW) dan berkata,
“Wahai puteriku! Berapa lamakah seorang perempuan itu dapat bersabar
menahan kerinduan terhadap ketiadaan suaminya?”
“Subhanallah! Orang seperti ayah mahu menanyakan aku soalan ini?” jawab Hafsah.
“Jika
bukan kerana hendak memberi peringatan kepada kaum Muslimin, aku tidak
akan bertanyakan hal seperti itu kepada kamu!” balas Umar.
“Lima bulan….atau enam bulan…! Jawab Hafsah pendek.
Berdasarkan
jawapan yang diberikan Hafsah itu, maka Umar ibn al-Khattab menetapkan
waktu bagi kaum Muslimin berada di medan jihad hanya selama enam bulan
sahaja. Sebulan dalam berjalanan pergi, empat bulan di medan jihad dan
sebulan untuk perjalanan balik.
Begitulah kisah yang menjelaskan
selama mana seseorang isteri itu mampu bertahan menahan rindu dendam dan
belai kasih daripada si suami.
Hari ini ramai pasangan yang
tinggal berjauhan demi tuntutan tugas. Mereka duduk berasingan. Ini
dipanggil pasangan jarak jauh, seorang di utara dan seorang di selatan.
Justeru itu baik di pihak suami mahupun isteri, mereka harus saling
mengetahui kehendak dan tahap kemampuan pasangan masing-masing di dalam
menahan diri dari terus ditinggal kesepian. Ini bagi mengelakkan
berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk melakukan perkara yang
dilaknati Allah SWT.
Jika anda sudah lama meninggalkan pasangan
masing-masing ataupun sudah terlalu lama tidak melakukan hubungan
seksual, bertindaklah sekarang dan carilah masa yang sesuai agar anda
dapat bersama.
Seks adalah hak pasangan suami isteri
Islam turut memperingatkan kepada para isteri yang menolak keinginan seksual suaminya, bahawa perbuatan itu akan membawa akibat yang buruk yang akhirnya membawa kepada keretakan dalam rumahtangga.
Mungkin anda tidak menyedari secara perlahan-lahan rentetan penolakan si isteri, si suami akan menyangka bahawa penolakan itu menandakan isterinya sudah tidak mencintainya lagi. Selain daripada itu, tindakan penolakan isteri akan mendorong suaminya ke dalam pelukan atau rangkulan perempuan lain, dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Atas dasar ini dan beberapa aspek lain, dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Apabila seorang suami memanggil isterinya ke hamparannya (tempat
tidur), tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya
marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga
Subuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Hakikatnya memang benar
bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami
hingga di Barat, wujud undang-undang yang disebut marital rape (suami
merogol isteri). Namun dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak
ansur. Jika isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab
lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tidak patut bagi si suami
memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi jika tidak ada sebarang sebab
untuk menolak, jika diminta oleh suami maka si isteri wajib
memenuhinya. Permasalahan ada ‘mood’ atau tidak, ia perlu dirujuk pada
yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut tetapi janganlah
sampai melanggar batas-batas syarak.
Kepuasan bersama
Sebagaimana
pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, sudah menjadi
tanggungjawabnya melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita
memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak
seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat
kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak) sebagaimana suami.
Rasulullah
SAW menegaskan tentang hal ini melalui hadis daripada Anas bin Malik
r.a., baginda SAW telah bersabda yang bermaksud, “Jika
seseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia
hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya
itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya,
maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut)
sehingga hajat isterinya diselesaikan pula.” (Hadis riwayat
al-Suyuthi di dalam Jami’ al-Saghir, hadis no: 549 dan al-Hafiz
al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid, hadis no: 7566)
Untuk ini
para suami yang terlalu cepat mengalami ejakulasi, hendaklah mendahului
hubungan seksual dengan cumbuan bagi merangsang ghairah seksual
isterinya. Agar isterinya juga berjaya menikmati kepuasan seksual
tersebut dengan sempurna. Adalah penting bagi suami untuk mengetahui
daerah-daerah sensitif atau yang mudah terangsang di tubuh isterinya.
Bagi
sebahagian suami, ada yang segera meninggalkan isterinya setelah dia
memperoleh kepuasan seksual dan tidak berusaha untuk melayani isterinya
sehingga isterinya juga mencapai klimaks. Ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang rumit jika ditinjau dari aspek agama, kesihatan, ilmu jiwa mahupun seksologi. Sebagai suami, tabiat tersebut akan memberi akibat buruk kepada kejiwaan dan kesihatan jasmani isterinya. Hal ini amat penting kerana suami tidak perihatin terhadap permasalahan ini atau jika
tindakan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka tidak hairanlah
nantinya akan menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci
suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk
berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh
kerelaan hati. Mungkin ada yang merasakan ini suatu perkara yang terlalu remeh untuk diperbincangkan.
Oleh
itu, para suami hendaklah menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan
melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan.
Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa
memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks.
Kelebihan berjimak
Dalam Islam berjimak adalah termasuk perkara yang boleh mendatangkan pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dan
pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah.
Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami
mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala?
Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan
syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa
kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti
dia mendapat pahala.” (Sahih Muslim)
Jika kedua-dua
pasangan suami isteri sudah mencapai klimaks, barulah mereka mencapai
kepuasan dan kenikmatan yang tidak terhingga, ini akan menguatkan kasih
sayang suami isteri disamping meningkatkan kesihatan, jasmani dan
mental. Tenaga yang digunakan untuk melakukan jimak ini sama dengan
kalori yang terbakar setelah lari dikejar harimau sejauh 400 meter.
Wanita yang tidak mencapai kepuasan melakukan seks boleh mengalami sakit
seperti sakit datang haid.
Pasangan kurang keinginan seks
apabila stress, penat atau sedih, tidak cukup tidur, pelbagai penyakit,
usia meningkat yang menyebabkan kekurangan hormon testosteron dan
masalah hubungan suami isteri. Masalah ini boleh menyebabkan tekanan
mental dan gangguan emosi.
Oleh itu, pastikan para suami dan
isteri berkomunikasi sesama sendiri untuk sama-sama mendapat kenikmatan
dari hubungan kelamin tersebut.Wallahhuaqlam.
Sebahagian artikal dipetik daripada: http://laman-seri.blogspot.com/