Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Thursday 7 August 2014

Sudah punyai dua suami jalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih.



[HM] Nganjuk: Dia sudah bersuami dan mempunyai empat anak tetapi mengaku masih bujang.

Akibatnya Mei Marlina - wanita dari Ngawi di Jawa Timur itu - terperangkap dalam masalah berpanjangan,

Mei 35, kini didakwa mempunyai dua suami serentak, selain menjalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih.

Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei.

Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak.

Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk.

Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun.

Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi.

Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka.

Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama.

Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK.

Mereka didakwa berkenalan di sebuah kelab malam di Kediri dan apabila perkara itu terbongkar, Mei mengaku yang dia sudah mengadakan seks dengan STK.- Agensi/24/4/14.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog