Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Tuesday 26 August 2014

Identiti model separuh bogel di Ipoh

 


 
 Maklumat terkini telah pun diperolehi mengenai model yang mengambil gambar separa bogel di Ipoh. Pihak berkuasa telah mengesan dan bakal mengambil tindakan pada model berkenaan. Perbuatan sebegini adalah salah dan telah melanggar tatasusila sebagai Rakyat Malaysia.

Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.

Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat.

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog