Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 17 August 2014

Isteri minta sperma cedera dibelasah

Seberang Jaya: Berang apabila diminta menyerahkan sperma (air mani) untuk ujian kemandulan, seorang lelaki mengamuk dan membelasah isterinya di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi, lelaki terbabit yang juga seorang anggota tentera ‘naik hantu’ sebelum membelasah isterinya hingga cedera di hidung, mata kiri dan seluruh badan.

Menurut sumber, pasangan terbabit dalam proses bercerai dan wanita berusia 35 tahun itu mendakwa suaminya mandul lalu meminta lelaki berusia 42 tahun terbabit menjalani ujian kemandulan.

“Selepas berjanji, mereka bertemu di kawasan parkir HSJ. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham di antara mereka sebelum lelaki terbabit membelasah isterinya.

“Suspek dikatakan berang apabila isterinya mendakwa dia mandul dan memintanya menyerahkan sperma untuk dilakukan ujian oleh pihak hospital,” katanya.

Sumber itu berkata, isteri suspek mahu suaminya menjalani ujian kemandulan kerana jika benar suaminya mandul, ia boleh menjadi alasan kuat untuk dia menuntut cerai.

Menurutnya, tidak cukup dengan membelasah isterinya, suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa, menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati pasangan terbabit sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu dan mereka tiba di hospital dengan menaiki kereta berasingann.

“Suami mangsa turut membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya menendang pintu kereta hingga kemek,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.- Arkib MyMetro.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog