KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam
wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia
30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga
anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.
Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi
‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.
Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang
berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama
abang sulungnya berusia 15 tahun.
Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami
yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun
itu.
“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin
dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi
mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan
kamera video.
“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan
memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan
ketiga-tiga anak mereka,” katanya.
Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.
Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu
dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan
mangsa tidak berubah.
“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan
aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam
tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.
“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi
rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak
demikian,” katanya.
Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon
fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis,
Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku
berdasarkan pelbagai faktor.
Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami
yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.
“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu
mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan
seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.
Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat
prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu
diambil.
Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.
“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan
masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan
berkaitan.
“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.
Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan
Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam
Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.
“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.
Arkib sumber:Shamsul Munir Safini Hmetro
No comments:
Post a Comment