Gambar fail
Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia
membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu
bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu
masih belajar di sekolah sama.
Malah, dia
mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi
menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya. Pendedahan itu
dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk
selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin,
kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.
Remaja
itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan
perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di
rumah.
Bagaimanapun, hasrat pasangan
terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat
maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan
Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Ketua
Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan,
pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan
hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.
Katanya,
sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara
terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai
tempat melakukan perbuatan itu.
“Bermula
dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja
perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama
pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.
“Malah,
remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai
runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman
lelakinya itu.
“Hasil hubungan pertama
itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi
pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,”
katanya.
Rahimin berkata, serbuan
dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada
seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan
sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman
keluarga perempuan berkenaan.
Katanya,
bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke
rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka
oleh remaja perempuan terbabit.
“Pemeriksaan
menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat
dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja
itu. “Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan
ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,”
katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. - metro ,arkib 29 March 2011.
No comments:
Post a Comment