Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 4 August 2014

Dipenjara 10 tahun lima sebatan rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU,04/08/2014 6:30pm - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penganggur kerana merogol seorang gadis bawah umur pada Mac tahun lepas.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus memerintahkan Mohd. Azlan Shah Mohamed Johnson, 26, dari Kampung Dusun Ban, Kuala Krai supaya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 13 tahun enam bulan itu di tepi sungai di Kampung Kebun Pisang, Kuala Krai, pada 9 malam, 22 Mac 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara lima hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala

tertuduh telah melalui perbicaraan penuh tanpa menggunakan khidmat peguam bela. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog