Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Sunday 10 August 2014

Lelaki maut ketika sedang diurut



Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 41 tahun berasal dari Perak dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan.
  
Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri.
  
"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama hari ini.
  
"Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri," katanya.
  
Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.-MK

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog