Fujian, China: Seorang pakar bius dari hospital di bandar Xiamen, tenggara semenanjung
Fujian, China telah membuatkan orang awam marah setelah beliau didapati
bersalah mencabul seorang pesakit wanita ketika pesakit tersebut dalam keadaan
tidak sedarkan diri.
Menurut laporan polis, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wenwen, telah
menjalani pembedahan di Hospital Kesihatan Wanita dan Anak di Xiamen
pada 19 Mac yang lalu.
Pada pukul 6.50 petang pada hari yang sama ketika pembedahan telah pun
selesai, pesakit dibiarkan dalam keadaan separa sedar selepas dibius
sementara menanti kesan tersebut hilang.
Namun begitu, ketika menunggu kesan bius itu habis, seorang pakar bius
yang dikenali sebagai Pan, 38 tahun, telah mengambil kesempatan dengan
mencabul dirinya ketika di dalam separa sedar itu.
Selepas Wenwen tersedar dari kesan bius itu, beliau merasa ada yang tidak kena dengan tubuhnya lantas membuat laporan polis.
Perbuatan lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar apabila aksi cabulnya
telah berjaya dirakamkan di dalam CCTV hosrpital tersebut. Beliau
dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencabul wanita secara paksa dan bakal
merengkok dalam penjara selama dua tahun dua bulan. Arkib HM
No comments:
Post a Comment