Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Saturday 16 August 2014

Gadis terlanjur tunggu kelahiran pada bulan Syawal

DEK kerana terlalu mengikut jiwa muda, Anis Kamaruddin, (bukan nama sebenar),17, akhirnya terlanjur dengan teman lelaki.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Anis kini terpaksa menerima hakikat, kandungan semakin membesar hasil dosa silamnya.

"Itu sudah ketentuan-NYA", luah Anis, mengimbau kembali kisah hitamnya kepada Sinar Harian Online.

"Kehidupan saya dahulu memang sosial, saya sejak dari kecil lagi tidak mempunyai ayah. Saya jadi macam ini sebab terlalu mengikut hawa nafsu," luahnya lagi dengan wajah sugul.

Air mata Anis mula bergenang. Kata Anis, sikapnya mula berubah apabila ibunya meninggal dunia tahun lepas.

"Sebenarnya saya ok, saya jadi macam ni selepas mak meninggal dunia.

"Selepas itu saya diambil oleh keluarga angkat, duduk dengan mereka selepas itu saya lari, ikut kekasih sebab saya mengandung.

"Keluarga angkat suruh gugurkan kandungan, saya tak nak, sebab itu saya tinggal di sini Taman Sri Puteri Cheras," katanya.

Dalam nada yang sebak, Anis sempat meninggalkan pesanan ini.

Nasihatnya kepada remaja di luar sana supaya menghargai ibu bapa kerana peringatan mereka membawa maksud dan pengajaran yang cukup besar dalam kehidupan kita.

"Walaupun dah hilang ibu abah, dan katakanlah dapat mak ayah baru hargai mereka, peluang hanya datang sekali sahaja. Sebab mak ayah tak ada hidup hancur, boleh buat apa sahaja itu salah," katanya.

Berbicara lanjut, Anis berharap ada sinar dalam hidupnya selepas keluar dari Taman Sri Puteri Cheras.

"Harapan saya agar dapat hidup bahagia, bina hidup sendiri," katanya.

Anis kini mengandung lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata pada bulan hadapan.-Arkib SINAR.

No comments:

Post a Comment

Paparan Terkini dan Terdahulu

Kandungan Blog