Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 23 June 2014

Pasangan Suami Isteri Iblis:Terlibat kes rogol budak perempuan berumur 13 di depan anak sendiri

 
SIBU: Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan. -The Borneo Post . Com.

Allah berfirman : 
 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحِلُّواْ شَعَآئِرَ اللّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلآئِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُواْ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواْ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

O ye who believe! Profane not Allah ' s monuments nor the Sacred Month nor the offerings nor the garlands , nor those repairing to the Sacred House , seeking the grace and pleasure of Allah . But when ye have left the sacred territory , then go hunting ( if ye will ) . And let not your hatred of a folk who ( once ) stopped your going to the Inviolable Place of Worship seduce you to transgress ; but help ye one another unto righteousness and pious duty . Help not one another unto sin and transgression , but keep your duty to Allah . Lo! Allah is severe in punishment .

信道的人们啊!你们不要亵渎真主的标识和禁月,不要侵犯作牺牲用的牲畜,不要破坏那些牲畜的项圈,不要伤害朝觐禁寺 以求主的恩惠和喜悦的人。当你们开戒的时候,可以打猎。有人曾阻止你们进禁寺,你们绝不要为怨恨他们而过分。你们当为正义和敬畏而互助,不要为罪恶和横暴 而互助。你们当敬畏真主,因为真主的刑罚确是严厉的。 
 ( Al-Maidah : 2 )
Agama Itu Nasihat


 عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم

Dari Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )

Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadis sahih diatas, ialah :

1. Agama yang dimaksudkan disni adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah : "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19); "Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak akan menerimanya, dan di akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85); Luqman Al-Hakim berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah agama". Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup liar dan tidak terkawal)".

2. Islam adalah nasehat. Maksudnya : Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya mendapat keredhaan Allah. Agama sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Dan kita mesti ingat bahawa rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Rasul SAW bersabda : "Aku tinggalkan dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selamanya".

3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. Ini tidak bermaksud Allah memerlukan nasehat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya, yakni beriman kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup; Bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi Muhammad SAW, mencintainya, dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang memusuhinya dan sunnahnya.

4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin pula ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula, ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan, saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

4. Walau nasihat itu berguna, namun jika tersalah caranya boleh membawa bencana. Oleh itu, ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah SAW bersabda : Hak muslim terhadap muslim lain ada enam, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu meminta nasihat, maka berilah dia nasihat". Hanya saja menurut Imam Al-Nawawiy dalam syarahannya : Nasihat perlu diberikan kepada muslim jika dia meminta nasihat, hanya dalam hal-hal keduniaan seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan, tetapi jika kita melihat kesalahan dalam urusan agama, maka kita wajib menegornya atau memberinya nasihat walaupun muslim itu tidak meminta nasihat.

5. Nasihat menurut bahasa Arab memilki tiga makna :1. menjahit/menampal : ( نَصَحَ الثَّوْبَ ) : Dia menjahit/menampal baju; 2. Menyaring/menapis ( نَصَحَ العَسْلَ ) : Dia menyaring/menapis madu; 3.Ikhlas ( تَوْبَةً نَصُوْحًا ) : Taubat yang ikhlas. Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna tersebut, maka suatu nasihat mestilah memenuhi tiga sifat, iaitu : 1. Nasihat mestilah ke arah memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau tampalan baju yang koyak. 2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung perasaan orang yang dinasihati. 3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas, bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawiy.

6. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang, sama ada dari Ibu Bapa, para guru, para ustaz atau para ulama dan pendakwah, hendaklah menerimanya dengan baik dan berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Allah SWT menggambarkan ciri-ciri orang kafir dalam firman-Nya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mau percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat kafir tersebut, tetapi selalu " Sami'naa Wa Ata'naa ".

7. Rasulullah SAW bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertakwalah kamu kepada Allah, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran itu) seorang hamba abdi berbangsa Habsy". Wasiat ini mengandungi pengajaran : 1. Untuk mencapai derjat takwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran) yang didengarnya itu. 2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti hamba abdi berbangsa Afrika.


Sumber; Ustaz Dr. Abdullah Yasin. Mantan Pegawai Dakwah Di Unit Dakwah Islamic Counsellor,
Keduataan Arab Saudi, Malaysia, Kuala Lumpur - ( 1980 - 2009 )

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog