Pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah.Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.- Arkib HM.
Orang-orang yang berzina tidak beriman (kafir) ketika mereka melakukan zina
Perbuatan zina adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak
akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina jika dia
seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri jika dia
seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya jika dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari no. 2475, 5578, 6772,
6810, dan Muslim no. 57)
Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji. Al-Quran menggambarkan zina itu dengan gambaran yang cukup buruk dan mampu memberi kesan yang amat negatif. Firman Allah SWT:
“Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: 32)
Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:
“Apabila
zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat
itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat
al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)
Anak Zina:
Daripada Maimunah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku
akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina
di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka,
maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada
mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya
hasan)
Pada tahun 2008, dilaporkan ada lebih 250,000
sijil kelahiran tanpa nama bapa. Menurut sumber berita, Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang
didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar
tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak
tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan
bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan
peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau
Akta 299. (BH, 29/10/08).
Jika kita bahagikan, maka
dalam setahun kira-kira 28,000 lebih kes berlaku, atau 78 kes dalam
sehari! Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan. Bagaimana
pula agaknya, jika dibayangkan dengan aktiviti zina yang tidak
menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar
andaian sahaja, jika 1 kehamilan tersebut adalah nisbah bagi hasil
daripada 10 perzinaan? Tentu jumlah yang terhasil adalah lebih besar,
iaitu kira-kira 780 kes zina dalam sehari, atau lebih 280,000 kes zina
dalam setahun, atau lebih 2.5 juta kes zina antara 2000-2008!!!
Benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah
banyaknya berlaku perzinaan. Itu adalah kes-kes zina yang asalnya
dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak
lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
“Tidak
akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana
keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya,
nescaya akan terjadi”. (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani,
hadith sahih)
Jika ramainya penzina dan anak zina, maka
munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa apabila kiamat
dibangkitkan hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah
SWT.
Remaja dan Gejala Zina:
Gejala
zina di kalangan remaja hari ini sebenarnya berada di dalam tahap yang
sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih dibangku sekolah lagi
mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina)
dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku? Ada
kes mengandung luar nikah semuda usia 9 tahun dan lelaki yang
bertanggungjawab hanyalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun. Jangan
terkejut hari ini kalau anda menemui sekolah yang 40% pelajarnya adalah
anak zina!
Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala
ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai
seorang muslim sejati. Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada gaya
hidup institusi keluarga itu sendiri. Begitu ramai remaja/pelajar yang
terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat
dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah,
gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya. Situasi sosial dan hidup moden
dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi
gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat,
berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang
mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual,
bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet serta lain-lain media.
Gaya
hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang
mendorong kepada hidup bebas, berpacaran dan pergaulan tanpa batas. Ini
ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan
dorongan budaya Barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa
kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di
akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan
bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini.
Wallahhuaqlam.
Wallahhuaqlam.
No comments:
Post a Comment