Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 23 June 2014

Maksiat Usia Senja: Pasangan Warga Emas Dicekup Separuh Bogel Selepas Pulang Mengaji Di Sekolah Pondok

Sekadar gambar hiasan
Jitra - 23 JUN: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.

Tutup badan dengan selimut 


Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.

“Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat.

“Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya, manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya alasan itu hanya untuk mengelak ditahan,” katanya.

Sudah lama jalin hubungan


Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. “Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Syariah.- BERITA HARIAN.


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً 
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

And come not near unto adultery . Lo! it is an abomination and an evil way .

你们不要接近私通,因为私通确是下流的事,这行径真恶劣!

 Surah Al-Israa' ayat 32

Perbuatan zina harus dihentikan. Ingatlah, perbuatan zina memberi kesan buruk pada psikologi, fizikal dan yang penting ialah keinsafan bahawa zina itu termasuk dalam amalan dosa-dosa besar.
Setiap orang Islam, mesti tunduk kepada hukumnya, tanpa mengira sama ada hukuman zina itu dilaksanakan ketika di dunia ataupun tidak.

Allah s.w.t. melarang (al-Isra':32) agar tidak menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan satu jalan yang buruk. Dalam surah al-Furqan: 68-70 dijelaskan bahawa orang yang berzina akan mendapat balasan dosanya, azabnya akan dilipatgandakan pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab, dalam keadaan hina.

Hukuman mereka yang berzina, lelaki dan perempuan ialah seratus kali sebatan, tanpa belas kepada kedua-duanya yang boleh menyebabkan terhalang daripada melaksanakan hukuman Allah (an-nur:21).

Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya.

Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat, tempatnya di neraka.

Dalam rukun iman dijelaskan tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat. Setiap orang Islam mesti percaya tentang adanya balasan ini. Mereka yang beriman tidak akan melakukan dosa-dosa seumpama ini kerana takutkan balasan Allah. Orang yang tahu dan faham tentang balasan ini, tahu adanya tetapi masih tetap melakukan dosa yang berkaitan, mereka tidak ubah seperti orang yang tidak mempercayainya.

Ata' bin Yasar, seorang tabiin juga ahli fikah yang terkenal dalam menafsirkan tentang neraka jahanam, menyatakan bahawa bagi neraka jahanam itu ada tujuh pintu. Pintu-pintu yang paling gelap, panas, penuh penderitaan dan menjijikkan lagi meloyakan baunya ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina pada hal orang yang terlibat itu tahu bahawa zina itu haram.

Menurut Abu Abdullah asy-Syami, riwayat daripada Nabi s.a.w dalam sebuah hadis mursal, seperti yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat dinyatakan bahawa penghuni neraka mendapati bau yang menjijikkan. Mereka berkata, kami tidak mendapati bau yang lebih busuk menjijikkan daripada bau ini. Dikatakan bahawa bau tersebut adalah dari bau kemaluan zina.

Menurut Ibn Zaid, iaitu Abdul Rahman bin Zaid, seorang ahli fikah, ahli hadis dan ahli tafsir bahawa penghuni neraka diseksa dengan bau busuk dan menjijikkan kemaluan (faraj) zina.

Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa yang lebih besar selepas dosa menyengutukan Allah, daripada dosa setitik air mani yang diletakkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya.

Sebahagian besar mereka yang melakukan zina tahu tentang pengharaman dan balasannya. Tetapi, kerana nafsu, mereka seumpama tidak memahaminya, dan merempuh terus-menerus larangan ini, tidak takut pada balasan, apatah lagi kerana syurga atau neraka tidak pernah dapat dilihat dengan mata kepala ketika hidup. Itulah yang dinamakan iman.

Demikianlah balasan yang akan diterima oleh mereka yang terlibat dengan zina. Mereka yang beriman kepada Allah tidak melakukannya, dan mereka yang telah melakukannya akan memberhentikannya. Azabnya begitu mengerikan. Seringan-ringan balasan neraka itu, ialah andainya batu neraka itu diletakkan di tapak kaki, nescaya menggelegaklah otak orang yang diseksa tadi.

Walaupun demikian, andainya seseorang itu bertaubat, beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh kejahatan mereka itu akan diganti oleh Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kerana itu atas alasan ini jalan yang  mesti lakukan ialah bertaubat.

Langkah kedua ialah berkahwin. Masalah sampingan memang penghalang, tetapi bagi orang yang tidak dapat menahan nafsunya, orang yang takut terlibat dengan zina, yang berzina setiap kali bertemu, menurut hukum fikah, bernikah itu wajib hukumnya. Wajib bererti dosa kalau tidak melakukannya.

Apa akan berlaku kalau ditakdirkan seeorang itu menemui ajalnya dalam keadaan dosa zina, mengandung melahirkan anak haram ataupun si lelaki hilang, melarikan diri setelah puas. Walaupun demikian jangan kahwin sembunyi. Sama ada di sempadan, ataupun di mana-mana tempat yang dikahwinkan oleh orang-orang tertentu tanpa saluran sah.

Terlalu banyak pengalaman lalu mengajar mengajar kita, bagaimana perempuan yang telibat dengan perkahwinan seperti ini akhirnya terseksa menjadi mangsa. Ditinggalkan begitu sahaja. Perlu sedar dan insaf, bahawa ketika dibuai nafsu, manusia sering tidak berupaya berfikir menggunakan akal, lalu akhirnya musnah.

Memang Islam menyuruh seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang kufu, yang dara dan segala pilihan keutamaan.

Pemburu yang cerdik akal tetapi malas tidak akan berdoa untuk keselamatan diri tetapi akan terus duduk di rumah. Sebaliknya pemburu yang pendek akal akan berdoa. Lepas berdoa keluar rumah lalu di hadapan singa. Kita sekurang-kurangnya perlu menjadi pemburu yang cerdik akal biarpun malas. Paling baik ialah menjadi pemburu yang cerdik akal dan yakin terhadap kuasa Allah membolehkannya berdoa. Wallahhuaqlam

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog