TAMPIN – Tindakan licik sepasang kekasih memadu kasih sejak tiga bulan
lalu akhirnya terbongkar apabila kediaman keluarga gadis di tanah
rancangan Felda dekat Gemencheh itu, diserbu penduduk kampung, 31 Ogos
lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penduduk yang merasa curiga
dengan kewujudan sebuah motosikal berhampiran rumah keluarga gadis
berkenaan segera ke rumah tersebut bagi melihat tetamu tidak diundang
berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, sebaik pintu rumah diketuk, ibu dan bapa
gadis berkenaan, berusia 40-an yang berada di dalam rumah, terkejut
apabila dimaklumkan penduduk kampung terdapat tetamu lain yang
berkemungkinan menyelinap masuk ke rumah mereka.
“Lalu mereka membuat pemeriksaan ke dalam bilik anak gadis mereka yang
berusia 15 tahun dan terkejut apabila terdapat seorang lelaki berusia 19
tahun di dalamnya.
“Berang dengan insiden berkenaan, ibu gadis segera membuat laporan polis
pada malam sama selepas rahsia hubungan terlarang anak gadisnya bersama
teman dikenali di dalam Facebook terbongkar di rumahnya sendiri,”
katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sumber berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja berkenalan
tiga bulan lalu dan pertemuan bitu bukanlah yang pertama memandangkan
perlakuan sumbang tersebut turut dilakukan di lokasi lain termasuk rumah
suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang
ketika mengesahkan kejadian berkata, kini kes berkenaan disiasat di
bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan susulan kes rogol seorang gadis bawah
umur.
“Suspek yang hanya bekerja kampung ditahan reman selama tujuh hari
bermula hari ditangkap. Jika sabit kesalahan, suspek akan berhadapan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.- Arkib Sinar.
Cerita yang bagus.. teruskan..
ReplyDeleteTumpang Iklan
Nakal lah abang ni..
Seronok lah tu..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<